mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Jumaat, 31 Ogos 2012

Hb Rendah Semasa Mengandung~Anemia


Sedikit info mengenai ANEMIA.

Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.  Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Punca kurang darah
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.

Kesan bila dipandang remeh:

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Bagi mengatasi masalah anemia ini adalah dengan memastikan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi.
Dengan pengambilan supplemen Vita-lea 2 biji sehari dapat membantu meningkatkan Hb anda.

SET J ~ Untuk Ibu Hamil

Cadangan Pengambilan Iron Supplemen

1) Ambil 2 biji Vita-Lea Shaklee setiap hari.
2) Digalakkan mengambil zat besi bersama vitamin C untuk membantu penyerapan yg OPTIMUM.
3) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium kerana ia menganggu penyerapan yang maksimum.
4) Pengambilan asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yang normal dalam badan. Sumber asid folat yang boleh didapati di Shaklee ialah
Vita-Lea & B Complex.
Info lanjut mengenai SET J sila baca DI SINI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889
Jika berminat boleh isi 
Order Form  ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.