Ok, di sini saya ingin
kongsikan beberapa jenis makanan yang dikatakan sebagai ‘milk booster’..ini adalah
antara yang biasa dikongsikan dan sesetengah daripada kita pernah
mengamalkannya. Antaranya ialah :~
# Longan
Longan ini agak popular
juga semasa saya dalam pantang anak kedua. Sebelum ini saya memang tidak kenal
langsung "milkbooster" apa yang boleh diambil. Biasanya
longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya
dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk
memberikan rasa manis. Tapi longan ini tidak serasi dengan saya, pernah amalkan
tetapi mungkin juga sebab longan ini agak panas, saya mengalami demam yang
tinggi lepas mengambilnya. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang
serasi bolehlah mengambilnya.
# Kurma
Kurma memang dikenali juga
sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia
mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam resepi boleh
dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh.
Kebiasaannya saya buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang
dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
# Lobak Putih
Biasanya dalam pantang
selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam
tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi
ini adalah dari orang tua yang katanya bolehmenambahkan susu badan.
# Kacang Tanah
Kacang tanah ini kaya
dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan
bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang
alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
#
Halba\Fenugreek
Halba ini kalau perasan
yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau
biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan
boleh menambahkan susu badan juga. Caranya hanya cuci
halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum.
Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh
berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya
#Jantung Pisang
Satu lagi resepi
tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan
memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap
dimakan, susu juga bertambah:)
Pucuk Betik Muda
Rebuskan daun pucuk betik
muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu
badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
Habbatussauda/Jintan Hitam
Dikatakan juga sebagai
penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh
dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
Alfalfa
Alfalfa dikenali sebagai
raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang
popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain
seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari
badan.
~~> Namun di zaman moden ini..ada cara yang lebih popular dan memang hebat kesannya. Bukan sekadar untuk menambahkan susu badan, malah meningkatkan kesihatan dengan membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh, iaitu dengan mengambil supplemen atau vitamin. Cara ini dilihat lebih mudah dan ringkas, sesuai untuk ibu-ibu yang berkerja dan tidak banyak masa untuk mengamalkan petua-petua.
Jom kita tengok
vitamin-vitamin yang dicadangkan:
Kebaikan mengambil vitamin-vitamin ini secara ringkas adalah seperti berikut :
ESP - membantu memekatkan susu ibu dan membekalkan tenaga segera, menyihatkan kulit, kuku, rambut serta otot.
Ostematrix - mengekalkan tekanan darah normal, menolong pengecutan otot dan saraf.
Alfalfa - sebagai milk booster dan mempunyai 1001 khasiat untuk masalah wanita.
B complex - sebagai antistress.
Vitalea - multivitamin lengkap debgan zat besi agar ibu sentiasa cergas.
Vitamin C - sebagai imune booster dan mencantikkan kulit ibu
Sila hubungi saya jika berminat
untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.
♥ Boleh juga PM | SMS / Call 012-6715001 |
♥ Your Shaklee Independent Distributor.
Eyla Hamzah
♥ Boleh juga PM | SMS / Call 012-6715001 |
♥ Your Shaklee Independent Distributor.
Eyla Hamzah
ShakLee ID: 868889
FB Page : mamaqaira choice
COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.