mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Khamis, 3 April 2014

Promosi April 2014 ~ OSTEMATRIX Buy 6 Free 1

Selamat pagi semua…mulakan hari anda dengan senyumann :)
Harini dah masuk hari ke3 dalam Bulan April…mungkin agak terlewat sedikit mengumumkan promosi Shaklee bulan ni…

Hokeeyyy..this month special promotion is OsteMatrix Buy 6 free 1! Grab it now! Give yourselves greater and stronger bones to move around..

kandungan ostematrix
OSTEMATRIX ~ Bukan Sekadar Kalsium

*******************
Kenali OSTEMATRIX
*******************
Jangan ambil remeh keperluan kalsium oleh badan kita ya… Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari. Terutama kaum wanita kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.
Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh.


*******************************************
Kelebihan Ostematrix [sumber; Shaklee website]
*******************************************
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Jika ditanya apakah vitamin yang sangat bagus untuk diambil untuk masalah sakit belakang dan keletihan. Pilihan saya tentulah OSTEMATRIX & sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka minum susu tepung.

Saya telah mencubanya & sangat berpuashati..anda bila lagii?


BERMINAT?
==========================
PM: MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Rabu, 6 Mac 2013

Zat & Mineral Untuk Kesihatan Tulang

Bila sebut pasal tulang semua akan ingat Kalsium. Kebiasaan yang kta dengar Kalsium penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Sebenarnya ia bukan Kalsium semata-mata, terdapat beberapa mineral lain yang turut terlibat dan juga penting untuk menguatkan fungsi tulang...antaranya adalah seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.

Dengan teknologi hebat dan kawalan kualiti yang tinggi, tanpa bahan sintetik, tanpa perasa/pewarna tiruan 100% semulajadi, maka...
Terhasillah...jeng!jejenggg!!

Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…

1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap

400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang

400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang

Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
Terbukti secara klinikal
Mudah ditelan dan mudah diserap badan
VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang

Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium

Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.

Ibu hamil dan menyusukan anak

Wanita yang mengalami gejala PMS

Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain.





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


 Jika anda ingin mencuba supplemen Shaklee, contact saya yer...
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Isnin, 4 Mac 2013

Ostematrix Sahabat Baik Untuk Tulang

OSTEMATRIX ~ Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal & Mudah Ditelan..

Pengambilan hanya 2 kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan Kalsium untuk membinadan memelihara kekuatan tulang, Kalsium perlulah diserap terlebih dahulu. 


Ostematrix melindungi tulang anda dari gejala osteoporosis. Tulang memerlukan lebih daripada sekadar kalsium untuk membina tulang yang kuat. Osteomatrix juga menyediakan satu matriks unit nutrient kritikal termasuk KALSIUM, VITAMIN D, MAGNESIUM dan banyak lagi untuk membinadan mengekalkan tulang yang kuat.

Fungsi  OSTEMATRIX:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  •  Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan symptom-simpton senggugut seperti kembung perut, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

OSTEMATRIX Membekalkan:
~1,000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahapkepekatan yang tinggi dan mudah diserap kerana ianya dari sumber alam semulajadi.
~ 400mg (100% Pengambilan Harian) Magnesium untuk membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan Kalsium.

Cadangan Pengambilan:
OSTEMATRIX dengan kaplet bersalut yang mudah ditelan, perlu diambil sebanyak 4kaplet sehari. Untuk hasil yang lebih baik, ambil 2biji selepas makan (2kali sehari).





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


 Ingin mencuba supplemen Shaklee?
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Ahad, 3 Mac 2013

Promosi Ostematrix ~ Mac 2013

Fungsi ostematrix
Manfaat pengambilan Ostematrix

Anda perlukan Ostematrix jika terdapat simptom-simptom antaranya:


1.         sering keletihan
2.         sering mengalami sakit belakang
3.         anggota badan sering cramp
4.         sakit bahagian leher dan tengkuk
5.         tumit kaki pecah dan kasar
6.         susah bangun tidur
7.         sakit kepala yang kerap @ migraine
8.         sering sakit gigi
9.         Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
10.       Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

 Sila contact untuk pesanan/pertanyaan
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Ahad, 17 Februari 2013

Bahaya Senggugut & Penawarnya


Tidak tahan dengan kesakitan yang sering melanda setiap bulan? Itulah yang terpaksa dihadapi oleh sesetengah wanita dan kebanyakkan pernah mengalaminya iaitu simptom PMS semasa haid. Sesetengahnya mengalami tahap kesakitan yang melampau sehingga terpaksa MC atau mengambil cuti rehat, masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Boleh baca lebih lanjut tentang senggugut di DI SINI ~ penerangan dari Dr Hamid Arshat

Apa itu senggugut?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Bagaimana untuk mengatasinya?

Doktor juga menyarankan kita mengambil ubat@supplemen bagi mengatasi masalah ini daripada berterusan. Namun pemilihan supplemen semulajadi adalah lebih selamat berbanding ubat yang mengandungi dadah.

Supplemen Shaklee juga antara pilihan terbaik kerana terdapat set untuk meraka yang mengalami PMS. Bagi anda yang mempunyai masalah ini amat bertuah mengenali produk ini kerana dengan pengambilan supplemen ini juga dapat mencantikkan kulit terutamanya GLA. Di mana dgn pengambilan GLA secara konsisten juga dapat mengatasi jeragat dan pigmentasi..hasilnya kulit yang lebih licin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   
       
Jom kita tengok apakah supplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah PMS-senggugut ini:~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~GLA Complex~~~~~~~~~~~~~~~~
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.

Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Ostematrix~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. 
Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain. Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


~~~~~~~~~~~~~~~~Shaklee Bcomplex~~~~~~~~~~~~~~


Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.

Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.

Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.

Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 



 Berminat untuk mencuba supplemen Shaklee? 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Jumaat, 4 Januari 2013

Kombinasi Hebat untuk Tulang Sihat

Jika anda sering mengalami sakit-sakit tulang dan sendi pastinya cabaran hebat untuk meneruskan rutin harian. Sendi memainkan peranan penting dalam pergerakan kita, jika ia mengalami kesakitan sudah tentu menganggu dan membatas pergerakan kita. Maka dengan sendirinya tidak dapat enjoy ur life kannn...

Bagi mereka yang sering mengalaminya, dan tidak terkecuali juga yang masih kuat pada hemahnya (masih muda belia gituu)...berilah nutrisi penting ini secukupnya untuk menyokong kesihatan tulang anda. Hakikatnya  bila usia kita menjangkau 30an tulang akan mengalami kerapuhan secara alami. Justeru cegah sebelum parahh..haa..boleh gituu ;)

Jom...saya perkenalkan 3 gabungan hebat dan mantap inii..




Untuk info lanjut sila KLIK 

Pastinya harga lebih istimewa sempena promosi Joint Health Tablet sepanjang Januari 2013 ini. Sila contact saya yer..


Berminat?

Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Jumaat, 30 November 2012

Sangat Penting Vitamin2 ini diambil oleh Perokok...

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.


                       Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?

Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.


                       Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?

Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?

Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?

Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.
Suami anda merokok? Bertindak sekarang! Alhamdulillah suami saya bukan perokok. Tapi kalau suami saya perokok, pasti saya sangat2 bimbang. Nk mintak suami berhenti ‘susah’. Jadi kita kena bantu suami kita..dgn cara mendapatkan balik nutrisi-nutrisi yg telah hilang kesan dari merokok. InshaAllah 

So sebagai isteri yang asyik consume supplement itu ini ni, kena lah jaga kesihatan suami juga kan? Jangan asyik nak menyusukan anak, slim, cantik, kesihatan suami kita tak jaga. Almaklumlah, suami-suami ni part macam ni dorang malas sikit. So saya akan hidangkan supplement-supplement yang en suami perlu makan kat piring. Siap air lagi. Siap hidang lagi “makan vitamin ye daddy” :p Buat muka manja-manja sikit confirm dorang nak makan vitamin-vitamin ni.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Selasa, 30 Oktober 2012

Merawat Migrain..Apakah Penawar Selain Ubat..?


Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.


Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
§ Sakit kepala kerana tekanan
§ Sakit kepala kerana sinus
§ Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
§ Kekurangan zat dan nutrisi
§ Faktor keturunan
§ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
§ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
§ Terlalu banyak mengambil kafein
§ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?
Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti bolehmembantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain

Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

Akhir kata..bak kata mommylyna ni...~~~Dan timbangkan tentangmengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.~~kata2 ni memang saya setuju sangat2..
credit: Mamafaiz.com

Ahad, 23 September 2012

Kesihatan Sendi ~ Advanced Joint Health Tablet

Ketidakselesaan Sendi…Stop It Before It Stops You!

Sering mengalami sakit2 sendi..? atau menjalani kehidupan yang aktif dan sentiasa sibuk setiap hari. Jangan abaikan kesihatan tulang anda sehingga ia benar2 menganggu pergerakan harian anda. Hargai kesihatan sementara kita masih merasainya..dan atasinya sebelum terlambat.




Apakah Simptom-simptom Sendi yang tidak Sihat..?
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising

Adakah Anda Berisiko..?



Cara untuk Mengatasi Sakit Sendi

Adakah ini pilihan anda untuk melegakan sakit sendi..?

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif dan menjalankan rutin harian dengan selesa. Kini dengan Advanced Joint Health Tablet anda mampu mengekalkan sendi-sendi yang kuat , fleksible dan mudah bergerak.

Produk terbaru dari Shaklee ini mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting yang lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Produk ini diformulasikan 100% dari sayur-sayuran semulajadi dan insyaallah..selamat  ^____^

Rangkaian Produk ini adalah untuk memelihara sendi yang kuat, fleksible dan bebas bergerak.



Bekalkan Nutrien yang diperlukan untuk Mengekalkan Kesihatan Sendi Anda...


Joint Health Tablet…Pendekatan Secara Semulajadi untuk Kekal Aktif

Langkah 1 ~ Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat. Ia mengandungi Ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda.


     Ramuan diuji Secara Klinikal

     Langkah 2 ~ Mengurangkan inflamasi
     Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 
      
      Omega-3 ~
      Melambatkan degradasi tulang rawan
      Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
      Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

Adakah anda membeli Omega 3 atau Lemak Ikan?


   Jangan Membeli Minyak Ikan Yang Tercemar

    Minyak ikan kami melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi:
  •       Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran.
  •       Mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans
  •       Mengurangkan bau dan rasa ikan.

      Langkah 3 ~ Mengekalkan Sel Tulang yang sihat


“    Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi… Kebanyakan orang, mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium."
    (Burton Goldberg Group, Alternative Medicine: The Definitive Guide, Future Medicine Publishing, Inc. WA, p. 533)
       
                                                   Bukan Sekadar Kalsium!
          Kalsium
             1,000mg
     Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
        Magnesium
             400mg
     Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
        Vitamin D
             400IU
     Merangsangkan penyerapan kalsium
          Boron
     Bantu dalam metabolisma tulang
    Mangan, tembaga & zink
     Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang


     Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

        Mengapa Memilih Shaklee Ostematrix??  
    Penyerapan dibukti secara klinikal dan bioavailabiliti
    Kajian menunjukkan Kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil.







n