mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Jumaat, 30 November 2012

Sangat Penting Vitamin2 ini diambil oleh Perokok...

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.


                       Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?

Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.


                       Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?

Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?

Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?

Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.
Suami anda merokok? Bertindak sekarang! Alhamdulillah suami saya bukan perokok. Tapi kalau suami saya perokok, pasti saya sangat2 bimbang. Nk mintak suami berhenti ‘susah’. Jadi kita kena bantu suami kita..dgn cara mendapatkan balik nutrisi-nutrisi yg telah hilang kesan dari merokok. InshaAllah 

So sebagai isteri yang asyik consume supplement itu ini ni, kena lah jaga kesihatan suami juga kan? Jangan asyik nak menyusukan anak, slim, cantik, kesihatan suami kita tak jaga. Almaklumlah, suami-suami ni part macam ni dorang malas sikit. So saya akan hidangkan supplement-supplement yang en suami perlu makan kat piring. Siap air lagi. Siap hidang lagi “makan vitamin ye daddy” :p Buat muka manja-manja sikit confirm dorang nak makan vitamin-vitamin ni.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Khamis, 29 November 2012

Kongsi Pengalaman daripada Pengguna Shaklee~Set Kehamilan

Salam semua..
Kali ni saya nak share beberapa pengalaman dari ibu-ibu yang hamil yang mengambil shaklee. Tak perlu cerita pjg2 jom bace pengalaman mereka~






Jika anda yang berminat untuk mencuba, hubungi saya ye..
Untuk mengetahui mengenai set kehamilan Shaklee sila KLIK

Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889 

Rabu, 28 November 2012

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit



Ingin mengekalkan kecantikan kulit? Supplemen/Vitamin tidak dapat dipisahkan..
credit: mamafaiz

penjagaan kulit seharusnya merangkumi aspek luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, penjagaan asas seperti mencuci, penggunaan penyegar dan pelembap secara teratur tidak boleh diabaikan.Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru.Dan sudah semestinya kulit kita pelrlu dilindungi daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV . Ultraviolet dalam sinar matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit. Vitamin C bersama-sama dengan Vitamin E bertindak sebagai benteng pertahanan untuk melawan radikal bebas dari sinar matahari ini.

Dari aspek dalaman pula,kita perlu tahu bahawa diet /pemakanan yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit kita akan mula menampakkan kesannya....*pengambilan soy protein yg konsisten-amalan bagus untuk awet muda* Pemakanan yang sihat juga perlu mengambil kira pengambilan garam yang tidak berlebihan kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit. 
....dan yang pasti pengambilan air perlu secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

 Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C , E dan B. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit.

 Seperti kita semua sedia maklum, Vitamin C adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.Jadi untuk mememenuhi keperluan badan untuk Vitamin C,kita perlu makan banyak buah dan sayuran. Vitamin C bukan shaja efektif membantu mengubati flu tetapi amat berguna untuk mencegah penuaan kulit. Vitamin C juga penting dalam membantu pembaikan serta pembentukan kolagen.

Kolagen?Apakah ia? Kolagen adalah komponen utama dalam jaringan kulit manusia. Dalam hal ini Vitamin C memiliki peranan penting dalam memelihara kestabilan struktur kolagen. Selain itu Vitamin C juga juga membantu pembentukan pigmentasi kulit yang akan mempercepat dan meningkatkan produksi kolagen yang seterusnya dapat mencegah proses penuaan kulit.

Vitamin C juga merupakan anti oksida penting untuk menangani radikal bebas. Sekarang ini,anti oksida dianggap penawar paling popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Tapi tahukah kita apakah anti oksida?. Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. .

 Secara ringkasnya formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit..(Tahukah anda vitamin E Shaklee  sahaja yang mengandungi selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~>~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Isnin, 26 November 2012

Mencerah dan Menganjalkan Payudara


ESP sangat membantu dalam penyusuan dan juga turut menjaga keanjalan payudara...

Ramai lagi golongan ibu yang khuatir jika menyusukan anaknya, si ibu akan mengalami kekenduran payudara atau kata lain hilang keanjalan payudara.Adakah benar ini akan terjadi?

Begitu juga ada segelintir wanita yang takut untuk melahirkan anak, atas alasan ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Namun tidak dinafikan golongan kecil ini takut mengalamai perubahan yang drastik terhadap bentuk tubuh badan mereka setelah melahirkan zuriat mereka.

Sedarkah kita kaum ibu, apabila melahirkan anak, warna aerola atau sekitar kawasan nipple akan berubah menjadi gelap dan makin ramai anak yang dilahirkan maka akan lebih gelap kawasan tersebut dan ada yang berubah kepada warna kehitaman.
Memang benar ada wanita yang melalui fasa yang sedikir getir apabila menyusukan anak, bentuk payudaranya hilang keanjalan. Namun bukan semua melalui fasa ini.

Jika kita mengambil langkah awal menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan serta penyusuan insyaALLAH masalah perubahan warna puting dan keanjalan akan dapat diatasi.

Percayakah kalian bahawa pengambilan vitamin E 400 iu beserta selenium dan ESP membantu mengatasi masalah ini?

Cuba baca petikan testimoni ini :
" Then search pasal nk tmbh susu tetiba jumpa blog Ita, tu yg try Set F tmbh ESP sbb masa tu br beli vitamin2 dr farmasi. Alhamdulillah.. hari pertama amik ESP dgn Alfalfa susu naik balik kepada 3oz dr 1oz hari sebelumnya. Dua ari lepas tu susu naik lagi dr 3oz kpd 5oz skali pam. Punya la suka.. Masa tu minum ESP 1x sehari dan 2 biji Alfalfa. Pikir nk jimat pun ada gak sbb baru renew insuran dan roadtax keta :)

Lagi satu saya suka (segan nk bgtau ni) sbb nipple lepas bersalin anak pertama tambah gelap.. smp anak ketiga ni lagi gelap.. TAPI sejak amik Vitamin E dr Ita aritu nipple kurang gelap dan skang ni nipple agak cerah (mcm ms blum kawin).. X sangka plak Vitamin E tu blh mencerahkan nipple.. plan amik untuk cantikkan kulit muka je sbb dh mula kusam.. tp result muka dh mula berseri sikit dr sebelumnya dan siap extra benefit lg.. "

ESP membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang baik.
credit~anakkuwira


Bagi yang bermasalah seperti di atas dan masih mencari-cari produk terbaik, apa kata cuba 
Energizing SoyProtein dan Vitamin E shaklee.

Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889

Respond Pengguna Collagen PoWder Shaklee

Collagen Shaklee memang bessstt...bukan saje2 nak ckp kalo tak betul, bukan overclaim yer..hari ni saya nak share beberapa testimoni dari mereka yang telah mencuba collagen shaklee nii. Ok lh, jom bace maklum balas drp mereka ~




credit : mamafaiz
haaa..camane, teruja tak dgn hasil yang mereka perolehi. Itu hanya beberapa org, bagaimana pulak respond dari beribu ribu ribu yg dah mencuba di luar sana?? Mesti berbaloi-baloi kann..kalo tak bestt takkan Shaklee bertahan smpai ke hari nii (since 1956) di pasaran kannn.. ^___^
Berminat utk mencuba..? Feel free to contact me anytime~~>

Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889

Ahad, 25 November 2012

Kulit Cantik & Berseri dengan Collagen Powder Shaklee


Collagen Powder SHAKLEE terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah selepas menggunakan selama 8 minggu (proven with clinical studies)..

Okey...tapi harini saya nak kongsi 8 panduan memilih kolagen yg baik... (lepas ni bolehla tgk kolagen pilihan anda memenuhi panduan ini atau tak.

(sumber: Aula) via cery

  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

sedikit fakta tentang kelebihan kolagen powder Shaklee berbanding dgn kolagen lain, sumber:website Shaklee :

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen,kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]

Dan ini yg saya baca dari pamplet Shaklee tentang kolagen powder ni.

~~~Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*

Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.



******************************
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini :
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889

Sabtu, 24 November 2012

Vitamin C Sintetik Boleh Merosakkan DNA


Salam semua..hari ni nak kongsi satu lagi ilmu yang patut kita semua ketahui. Apa yang saya perolehi ini dipetik dari blog vitaminsemulajadi. Semoga perkongsian ini bermanfaat utk semua yg membaca..

Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).
Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.
Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!
Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalh tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.
Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.
Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Jumaat, 23 November 2012

Apa Kata Mereka yang Mengambil Set Berpantang Shaklee

Salam semua..
Untuk entry kali ni saya nak kongsi pulak beberapa respond daripada mereka yang mengambil set berpantang. Sekadar berkongsi jika masih ade yang dalam dilema utk memilih jamu atau supplemen utk berpantang, boleh bace sedikit panduan dalam entry saya semalam. Kesannya mungkin bergantung pada individu, cepat atau lambat...yang penting istiqamah dan kene minum paling kurang 2-3L air sehari. Penting sgt2 minum banyak air yer kalo amik supplemen.

Ok, tak nak cerita panjang lgi...jom bace ape kata mereka yang dah cuba ~






Set berpantang Shaklee ini bukan sahaja sesuai utk mereka yang bersalin secara normal, malah yang czer pun boleh. Jika berminat utk mencuba set ini feel free to contact me ^___^.

Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Khamis, 22 November 2012

Dilema Ibu Berpantang..Jamu atau Supplemen


Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang? 

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan beberapa vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah terkene meroyan akibat stress semasa ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. 

B complex dan vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. 
Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. 
Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.
credit

Vitamin apa yang sesuai untuk ibu yang berpantang?
Read more> HERE


Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Rahsia Vitamin E..Untuk Apa Lelaki & Wanita Memerlukannya


Pasti ramai yang sudah mengetahui vitamin E adalah utk kecantikan kulit, itu yg lebih menonjol tentang vitamin ini. Namun hakikatnya, vitamin E ini tdk hanya sekadar itu...ia lebih dari sekadar utk kecantikan luaran semata-mata. Diperlukan utk lelaki dan wanita,apakah tujuannya..sebelum itu lihat dulu fakta di bawah. 

Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.

Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.
Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E :
·Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara

· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

· Merendahkan kadar kolesterol.

· Membantu mencegah kanser.

· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia.
credit: Mamafaiz

Lihat saja perubahan pada wajah salah seorang yang mengambil vitamin E ini. Jom baca komen tersebut.


Sebotol Vitamin E Shaklee mengandungi 120 capsules, cara pengambilan hanya sebiji sehari..bermakna dgn harga yg dilaburkn utk sebotol boleh tahan sehingga 4 bulan, amat2 berbaloi.


Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Rabu, 21 November 2012

The Most Powerful Vitamin E !!


Salam semua... 
Saya ingin mengimbas kembali tentang vitamin E Shaklee yang sememangnya marvelous sejak dari dulu..namun kini terdapat sedikit pembaharuan dgn improved formula. Harganya tetap sama, cuma vitamin E Shaklee kini mengandungi ekstrak biji anggur.. tlh beberapa bulan agak terlambat saya update tentang hal ni...bagi yang sudah biasa mengamalkan pengambilan vitamin ini, mungkin perasan warnanya agak gelap sedikit dari yg dahulu. Jom tgok poster yg dikeluarkan oleh Shaklee di bawah.. 

Mungkin ramai yg nak tahu apakah kelebihan vit E yg ditambah dgn extrak biji anggur tu kann..? Mesti ade fungsinya tuu... jom kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur)..

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
Waahh...tu dia…mmg hebat bukan suke2 nk tambah ekstrak biji anggur tu. Banyak rupanya manfaat biji anggur ni kann…patutlah dikatakan The most powerful Vitamin E 


Jika ingin mencuba feel free to contact me
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889 

Selasa, 20 November 2012

B-Complex Bukan Penyebab Berat Badan Meningkat


Makan B Complex berat badan naik sebab asyik lapar and nak makan jer…selalu dengar orng cakap macamtu. Saya juga pernah teragak2 utk mengambil suplemen vitamin B complex semasa hamil dulu. Benarkan dakwaan itu..? telah dikongsikan dalam entry semalam ttg kenapa kita rasa lapar bila ambil B complex. Tahukan anda semua B Complex sebenarnya menolong untuk penurunan berat badan dan meningkatkan tenaga.

Fungsi utama B Complex:~

VitaminB2 - Meningkatkan proses metabolisma karbohidrat, lemak dan protein.

Vitamin B3 - membantu tubuh badan menggunakan sepenuhnya makanan yg kita mkn seharian utk dibakar menjadi tenaga. Membantu mengurangkan kolestrol.

Vitamin B5 - membantu penggunaan lemak di dlm badan utk ditukarkan kepada tenaga.

Vitamin B6 - Membantu proses asimilasi (absorb / digest) protein dan lemak ke dalam tubuh badan.

Vitamin B12 - Utilize secara sempurna lemak, karbohidrat dan protein utk ditukarkan menjadi tenaga, seterusnya meningkatkan tenaga.

KESIMPULANNYA, B COMPLEX MEMBANTU TUBUH BADAN LEBIH EFISYEN MENUKARKAN LEMAK, KARBOHIDRAT DAN PROTEIN KEPADA TENAGA. 

Vitamin B Complex adalah vitamin larut air dan mudah musnah. Perlu diganti setiap hari melalui proper diet ataupun suplemen.

Macam mana nak tau kita kekurangan Vitamin B Complex? Mudah sahaja, mudah keletihan adalah tanda utama seseorang itu kurang Vitamin B Complex dlm badan kerana makanan seharian yang di ambil tidak dapat ditukar menjadi tenaga secara efisyen.

Vitamin B Complex yang lengkap perlu mengandungi 8 jenis vitamin B berikut: Kalau tak cukup ianya tidak berkesan kerana ke lapan2 vitamin B ini bekerjasaman antara satu sama lain
  • Vitamin B1 (Thiamine)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Vitamin B5 (Panthothenic Acid)
  • Vitamin B6 (Pyridoxine)
  • Vitamin B12 (Cobalamin)
  • Biotin
  • Asid Folic (Folate)
Jangan rasa bimbang lagi utk mengambil vitamin penting ini utk kecergasan tubuh badan kita. Sememangnya vitamin B complex sgt diperlukan oleh tubuh kita. Jom bace apakah kepentingan B complex sebenarnya..

Kelebihan vitamin B complex:
  • ·         Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • ·         Membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
  • ·         Membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal).
  • ·         Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku.
  • ·         Berguna untuk kemurungan dan stress, ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • ·         Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • ·         Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • ·         Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • ·         Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • ·         Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda

Bagaimana memilih vitamin B complex dipasaran..?

1- Mestilah mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B iaitu thiamin, riboflavin, niasin, asid patotenik, prydoxin, biotin, asid folik dan cobalamin.

2-dihasilkan dari sumber semulajadi.

3-mendapat kelulusan KKM dan sijil halal yang disahkan.

salah satu pilihan yg memenuhi kriteria di atas adalh vitamin B complex Shaklee. Harga yang sangat berpatutan dan satu botol cukup untuk 4 bulan.


Sumber Vitamin B-Complex
gandum, bijirin,kekacang,sayuran hijau,hati

Kesan Kekurangan Vitamin B-Complex 
mengakibatkan kulit menjadi cepat kering, rambut beruban, mempercepatkan kedutan pada kulit, rambut yang tidak bermaya,kuku tercabut.
credit



Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889 Order Form

Isnin, 19 November 2012

Kenapakah B complex membuatkan kita rasa lapar…?


Fungsi vitamin B complex adalah utk menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Oleh itu, tubuh badan kita sangat memerlukan vitamin B complex supaya apa yang kita makan dapat ditukarkan kepada tenaga selengkapnya. Kekurangan B complex menjadikan proses penghasilan tenaga kurang efisyen, di mana timbul masalah mudah letih, stress, migrain dan juga paling tak best sekali masalah berat badan.

Jadi, kenapa asyik rasa lapar jer bila ambil B complex.....

Sebenarnya rasa lapar itu adalah salah satu tanda di mana tubuh badan kita memerlukan karbohidrat, protein dan lemak utk dibakar menjadi tenaga. Lagi aktif aktiviti seharian kita, lagi kerap kita akan berasa lapar dan yang menjadi masalah adalah apabila individu itu gagal mengawal nafsu makan apabila rasa lapar (cthnye kalo satu hari 10 kali rasa lapar, 10 kali lah individu itu mkn nasi dengan lauk pauk) 

Sekiranya kita makan mengikut jadual, iaitu mkn 3 kali sehari, masalah ini tidak akan timbul, kerana badan menerima cukup sumber makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sekiranya rasa lapar in between meal, memadailah ambil snek ringan (cthnye biskut oatmeal, buah buahan) supaya diet seharian seimbang serta tidak mendatangkan masalah kegemukan.

Pengambilan B Complex juga perlulah selepas makan. Jika di ambil sebelum makan, anda akan makan dengan terlebih berselera (boleh end up terlebih makan) dan ini sebenarnya akan menyebabkan masalah kegemukan.

credit:shikin

Sabtu, 17 November 2012

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan atau pun bakal ibu yang akan menyusukan bayi, tentu ada yang mengalami masalah susu merundum. Mungkin ada yang mengamalkan pengambilan karot putih atau pun longan yang dikatakan boleh membanyakkkan susu. Saya juga ingin berkongsi beberapa tips untuk membanyakkan susu ibu..jom kita tengok ape nak kene buat...

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)
 credit: mamafaiz

Set yang dicadangkan untuk penyusuan...& paling hot!!





Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889