Assalamualaikum...saje nak bersembang pasal makan. Memang semua orang suka makan-makan, ada orang suka jalan-jalan cari makan...ada juga yang malas nak cari makan, apatah lagi yang malas nak buat makanan...tidak kurang juga yang tak reti cari makan...haha dah lain maksudnya tuh...
Apapun cerita pasal makan, ada satu falsafah "Makan untuk Hidup, Bukan Hidup untuk Makan". Jadinya makan itu biarlah sekadar sahaja untuk mengalas perut, bukan melantak yer..hihi..
Banyak penyakit berpunca dari apa yang kita makan, jadi makanan yang masuk dalam perut kita mempengaruhi kesihatan kita tau...so, makan biarlah berpada-pada...pilihlah menu yang sihat dan bukan semata-mata yang sedap. Jika kita sedar kesedapan makanan yang kita makan tu hanya dari lidah hingga ke halkum jer...then lepas tu bila dah telan, habislah segala sedap dan lemak berkrimnya. Tapi kesan kesedapan tadi, silap pilih akan merana diri sendiri sepanjang hayat...huuu..nauzubillah
Makanya bila ditanya pasal tampat makan feberet saya...sejujurnya sehingga hari ini tak pernah ade port yang betul-betul melekat di hati, hanya sekadar singgah dan makan. Lagi pun bukan selalu saya makan di luar. Mungkin banyak tempat yang best dan menarik dengan makanan yang pelbagai citarasa...namun saya lebih suka makan di rumah sahaja, masak sendiri walaupun bukan master chef..masak sempoi2 jer yang penting kene dengan taste saya yang ala-ala kampung gitew...lebih jimat dan InshaAllah kebersihan terjamin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.