Kenapa saya buat blog ni?
Jawapannya kerana saya sudah jatuh cinta dengan produk Shaklee...tujuannya untuk saya berkongsi segala kebaikan dan kelebihannya dan bercerita tentang kesah hebat tentang Shaklee. hampir 3 tahun dah saya jadi pengguna Shaklee. Ceritanya bermula dengan GLA atau dikenali sebagai primrose kalau produk lain yang dijual di farmasi. Bermula dengan sebotol GLA saya mula order satu demi satu supplemen yang lain sehinggalah saya sendiri menjadi ahli atau Shaklee Independent Distributor (SID). Atas kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi saya dengan semangatnya ingin berkongsi pula kebaikan produk ini dengan rakan-rakan yang lain.
GLA tu saya amik sebab selepas bersalin anak kedua saya tidak period sehingga hampir setahun, mula-mula saya tidak kisah dengan keadaan itu sebab mungkin jugak kerana saya menyusu badan sepenuhnya. Tapi setelah hampir setahun saya mula risau. Siapa lagi tempat rujukan saya,..Encik Gugel lah yang banyak membantu dan paling cepat untuk saya dapatkan info. Macam-macam saya gugel tentang sebab, akibat dan rawatan...akhirnya terjumpalah dengan GLA ni, penyelesaian kepada masalah period dan kesuburan. Setelah berpuas hati saya terus order. Kalau tak silap sebulan lepas consume GLA baru lah period saya mula datang. Saya teruskan lagi sehingga botol yang ketiga...dan kali ni alhamdulillah saya disahkan hamil pula.
Bermula lah diari kehamilanku bersama Shaklee...sehinggakan sepanjang tempoh kehamilan ketiga tu saya tidak langsung mengambil vitamin yang dibekalkan oleh klinik. Saya mengambil Set Kehamilan sepenuhnya sehinggalah saya bersalin, berpantang dan menyusu. Semuanya dari brand Shaklee yang diyakini 100% dan saya amat berpuas hati dengan penghasilan susu badan yang melimah ruah. Alhamdulillah...sehingga kini sudah 9 bulan Baby Zaim masih mendapat hak penyusuan susuibu secara exclusive tanpa sebarang campuran susu formula. Semuanya dengan izin Allah jua yang melimpahkan rezeki untuk anakku ini.
Nutrisi Lengkap: Sebelum, Semasa dan Selepas Kehamilan |
Kepada ibu-ibu yang mencari produk yang terbaik untuk keperluan sebelum, semasa dan selepas bersalin, saya amat-amat mencadangkan Shaklee. Sebelum mengenali Shaklee saya juga pernah mengambil pelbagai supplemen dari farmasi.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Berminat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.