mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Isnin, 20 Oktober 2014

Rutin Hujung Minggu...

Teks: MamaQaira
Alhamdulillah...hari ni cuti setelah terpaksa bekerja pada hari Sabtu dan Ahad semalam. Terasa serba tak kena bila 2 hari tu tak dapat buat aktiviti kegemaran saya setiap kali hujung minggu kebiasaanya. Tapi apa nak buat...dah tugas hakiki ada tanggungjawab yang lebih penting perlu dilaksanakan, terpaksalah jugak saya korbankan rutin hujung minggu saya tuu..

Ros Jepun Kesayanganku..

   Pagi-pagi sebelum buat kerja lain, saya mesti jenguk bunga Ros Jepun saya tu dulu...bukan apa, setiap hari saya tak sabar nak tengok bunganya kembang, warna-warni...memang cantik dan rasa puas bila dapat pandang dekat-dekat. Lagipun bunga Ros Jepun ni kembang sehari jer, pastu malam dia akan kuncup then pagi esok kembang semula..paling lama 2-3 hari jer lepas tu bunga tdi akan kecut dan gugur..huhuhu...tapi pokoknya senang hidup dan senang nak tanam. Jika nak biakkan pokok Ros Jepun tu...just patahkan batang then cucuk dalam pasu baru, siram & bubuh baja sket.

Bilik Mesin & Rak Buku...

   Selepas abis belek-belek pokok bunga saya pasti akan ke ruangan atas ada satu bilik yang saya namakan sebagai Bilik Mesin...hihi..sebab kat bilik tu kami letakkan macam-macam barang almari, rak buku, mesin basuh, mesin laminated, printer, komputer dan mesin jahit kecik...rak buku tu pulak saya letak macam-macam jenis buku, dari majalah sehinggalah buku sekolah, universiti, dairy dan album-album gambar. Anak-anak saya pulak suka mengubah suai susunan buku-buku kat auat rak tu...dan itulah salah satu rutin saya mesti buat setiap kali hujung minggu, mengemas dan menyusun semula buku-buku kat atas rak tu. Sambil-sambil mengemas belek sket-sket buku dan majalah tu...surat2 cinta yang dolu-dolu masih terselit dalam diary..hihi..sesekali mengimbau kenangan perchentaan ketika muda mudi...

Jom..Shopping!!

  Oppsss..jangan lama-lama sangat mengimbau tuu..lepas kemas-kemas rak buku tu nak kene siapkan anak-anak, breakfast pastu keluarrr...nak pegi mana tuu...mana lagii pegi shopping barang-barang dapur jer. Memang wekend merupakan aktiviti wajib bagi kami untuk bershopping beli keperluan dapur stok barang kering dan basah. Dulu suka pegi Tesco...skrang lebih suka Econsave pulak. Dekat ngan rumah jer,.tak sampai 10 minit perjalanan. Hari minggu hari untuk masak yang lebih serius sket..hihi...biasa-biasa hari kerja masak simple-simple jer...
   Oklah..stop dulu...my little boy dah bangun tuu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.