Teks: MamaQaira
Assalamualaikum…selamat pagi & salam sejahtera semua J
Pagi ni hujan yang lebat sangat kat Puncak Alam ni dan mungkin
beberapa kawasan lain..syukur hujan rahmat. Dingin subuh yang masih terasa
ditambah pula deruan titik-titik hujan yang membuai, terasa ingin ku rebahkan
seketika badan di tilam empuk itu…anak-anak pula masih tidur, Encik somi pula
dah keluar kerja...hmmm..banyak kerja kat rumah ni nak kene buat, tapi ape jer
aku nak buattt…biarlah dulu kerja tu kalau dilayan sampai bila pun tak siap.
Apa yang pasti sesekali layan blues best jugakkan, duduk di sofa sambil update
blog diiringi alunan nasyid & zikir kegemaranku di MP3…owhhh damainyeee…syukur
padaMu ya Allah dengan nikmat di pagi ini, mengizinkan aku untuk terus bernafas
menyedut udara yang nyaman ini, syukur dengan apa yang kumiliki untuk seketika
ini sebuah keluarga bahagia, kesihatan dan harta dunia yang dipinjamkan.
#Tenang#Bahagia#Syukur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.