Assalamualaikum…dah tengah malam rupanya, setengah jam
lagi dah nak pagi dahh..eemmm mataku tak mahu lelap pulak, tadinya lepas
maghrib rasa lambat sangat nak tunggu Waktu Isyak nak solat terus tidur…
Tadi baru abis mengikuti kelas online tentang pengurusan
masa…tidak semena-mena semangatku jadi bekobar-kobar nak susun jadual untuk
pengurusan masa, nak perbaiki hubungan dengan Allah, solat awal waktu. Kalau
dulu solat zuhur di hujung-hujung waktu sebab nak settlekan dengan asar
terus…ahhh betapa jahilnya pemikiran waktu tu tak nak berulang-ulang
amik wuduk dan membentang sejadah…malasss...Sungguh rugi kerana aura setiap
waktu solat itu akan semakin berkurangan di penghujung waktunya. Sedangkan
banyak manfaat kesihatan tersembunyi di sebalik solat di awal waktu itu
sendiri..
Waktu Solat , Warna dan Frekuensinya |
1. Waktu Subuh
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh manusia. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan penawar, penyembuhan, rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat
bangun, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika roh dan jasad masih
tertidur.
2. Waktu Zuhur
Ketika ini alam berubah ke warna hijau dan seterusnya warna
kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna
alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.
Di samping itu warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Mereka
yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang kali dalam
hidupnya, maka ia akan menghadapi masalah system penghadaman di perut dan
hilang sifat cerianya.
3. Waktu Asar
Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada
warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti, di mana warna oren di alam
boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.
Di samping itu,
organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam
tersebut, di mana spektrum warna pada waktu ini mempunyai pengaruh yang cukup
signifikan terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.
Dan jangan lupa beriadah kerana tenaga pada waktu Asar ini
amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif. Orang yang kerap tertinggal waktu
Asar dan lebih malang jika dia menggunakan waktu Asar untuk tidur, maka
terpisahlah jasad dan roh seseorang itu dan akan menurunlah daya kreativiti dan
kesuburannya serta dia berisiko menjadi mandul.
4. Waktu Maghrib
Menjelang waktu
Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita lebih baik untuk berada di
dalam rumah pada waktu maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh
alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan.
Kita kerap dinasihatkan
oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna merah
pada waktu ini menghampiri dan selaras dengan frekuensi jin dan iblis
(infra-red). Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema
atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam
perjalanan pada waktu ini, sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan
menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.
Hal ini lebih baik dan
lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya
dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh
menimbulkan fatamorgana yang boleh mengeliru dan merosakkan penglihatan kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf
dan tulang.
5. Waktu Isyak
Apabila masuk waktu
Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa
kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Sekiranya seseorang itu
kerap ketinggalan Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau Maghrib atau
mereka yang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak
tenteram dan gelisah.
Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita
dianjurkan untuk merehatkan tubuh. Dan sebetulnya, waktu inilah tidur yang
disyariatkan dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan
santai atau berehat.
Dengan tidur di waktu
ini, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4
Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.
Warna dan Waktu Solat
Begitulah seadanya perkaitan waktu solat dengan warna alam,
sebab itulah timbul kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, dan
sebagainya. Tujuannya adalah untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Tanpa kita sedari telah
dikurniakan syariat solat oleh Allah kepada umat islam yang dapat menyerap
tenaga alam ini. Sebab itulah Allah mewajibkan solat ke atas hambanya kerana
kerana Dia maha mengetahui dengan sifatnya yang maha pengasih dan penyayang
mencipta apa yang terbaik untuk hambaNya.
Adalah amat malang sekali dan berada dalam kerugian bagi kita
yang mengabaikan solat awal 5 waktu ini. Ayuh sama-sama kita perbaiki diri
sebelum terlambat…
Kini mataku mulai layu…sudah hampir jam 2 pagi.. seluruh sistem
tubuh memasuki waktu rehat, biarlah waktu ini ku manfaatkan sepenuhnya untuk
rehat yang berkualiti…tidurlah wahai mata.
Sharing...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.