Assalamualaikum…
Bersua kembali dalam arena blog dunia alam maya…biarpun tidak bersua suka saya berkongsi ilmu dengan rakan-rakan pembaca khasnya untuk kaum ibu yang masih menyusui bayi. Dah banyak tips dalam entry sebelum ini yang saya kongsikan tentang penyusuan, bagaimana nak membanyakkan production susu dan supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu.
Satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu adalah posisi semasa penyusuan. Mungkin bagi ibu-ibu yang dah berpengalaman tahu akan hal ini…namun bagi yang pertama bergelar ibu masih kekok dan mungkin tak tahu jgk..macam saya mula-mula dulu lahh. Silap posisi jugak boleh meyebabkan sakit pinggang, puting melecet dan bayi pun tak selesa…
Jadi nk kena tahu jugak macamana posisi yang sepatutnya kannn…jom layannn!!
Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu
- Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara efektif
- Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting
- Melancarkan pengaliran susu
Posisi ibu yang betul:
- Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika diperlukan.
Posisi bayi yang betul:
- Badan bayi selari
- Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi
- Bayi diampu sepenuhnya- kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir
Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara
Cara Pelekapan yang betul
Pelekapan yang betul
|
Pelekapan yang salah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay mommies…semoga bermanfaat perkongsian yang sedikit itu yaa…apa-apa pun sharing is caring, kerana saya sangat menyokong penyusuan susu ibu. Ingat ye ibu-ibu susuibu adalah susu terbaik di dunia, berusahalah sedaya upaya untuk memenuhi hak bayi anda.
Pilihan Set Penyusuan Mengikut Bajet |
Berminat untuk mendapatkan supplemen yang menyokong penyusuan?
SMS/WhatsApp:
012-6715001
Eyla Hamzah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.