mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Sabtu, 28 Jun 2014

Jom..Solat di Awal Waktu

Assalamualaikum…dah tengah malam rupanya, setengah jam lagi dah nak pagi dahh..eemmm mataku tak mahu lelap pulak, tadinya lepas maghrib rasa lambat sangat nak tunggu Waktu Isyak nak solat terus tidur…

Tadi baru abis mengikuti kelas online tentang pengurusan masa…tidak semena-mena semangatku jadi bekobar-kobar nak susun jadual untuk pengurusan masa, nak perbaiki hubungan dengan Allah, solat awal waktu. Kalau dulu solat zuhur di hujung-hujung waktu sebab nak settlekan dengan asar terus…ahhh betapa jahilnya pemikiran waktu tu tak nak berulang-ulang amik wuduk dan membentang sejadah…malasss...Sungguh rugi kerana aura setiap waktu solat itu akan semakin berkurangan di penghujung waktunya. Sedangkan banyak manfaat kesihatan tersembunyi di sebalik solat di awal waktu itu sendiri..


kaitan warna dan waktu solat
Waktu Solat , Warna dan Frekuensinya

1. Waktu Subuh
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh manusia. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan penawar, penyembuhan, rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat bangun, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika roh dan jasad masih tertidur.

2. Waktu Zuhur
Ketika ini alam berubah ke warna hijau dan seterusnya warna kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.

 Di samping itu warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang kali dalam hidupnya, maka ia akan menghadapi masalah system penghadaman di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Asar
Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti, di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.

 Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut, di mana spektrum warna pada waktu ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.

Dan jangan lupa beriadah kerana tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar dan lebih malang jika dia menggunakan waktu Asar untuk tidur, maka terpisahlah jasad dan roh seseorang itu dan akan menurunlah daya kreativiti dan kesuburannya serta dia berisiko menjadi mandul.

4. Waktu Maghrib
 Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan.

 Kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna merah pada waktu ini menghampiri dan selaras dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red). Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam perjalanan pada waktu ini, sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.

 Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh mengeliru dan merosakkan penglihatan kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

5. Waktu Isyak
 Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

 Sekiranya seseorang itu kerap ketinggalan Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau Maghrib atau mereka yang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak tenteram dan gelisah. 

Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh. Dan sebetulnya, waktu inilah tidur yang disyariatkan dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan santai atau berehat.
Dengan tidur di waktu ini, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.


Warna dan Waktu Solat
Begitulah seadanya perkaitan waktu solat dengan warna alam, sebab itulah timbul kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

 Tanpa kita sedari telah dikurniakan syariat solat oleh Allah kepada umat islam yang dapat menyerap tenaga alam ini. Sebab itulah Allah mewajibkan solat ke atas hambanya kerana kerana Dia maha mengetahui dengan sifatnya yang maha pengasih dan penyayang mencipta apa yang terbaik untuk hambaNya.

Adalah amat malang sekali dan berada dalam kerugian bagi kita yang mengabaikan solat awal 5 waktu ini. Ayuh sama-sama kita perbaiki diri sebelum terlambat…

Kini mataku mulai layu…sudah hampir jam 2 pagi.. seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat, biarlah waktu ini ku manfaatkan sepenuhnya untuk rehat yang berkualiti…tidurlah wahai mata.

Sharing...


Selasa, 24 Jun 2014

Fifa World Cup Punya Pasal

Teks: mamaQaira

Doh guano pulok tajuk World Cup nih..??saya tak minat satu ape pun..hihi..adelah citernya. Walaupun diriku ini bukanlah penggila bola, tapi terpaksa tahu jugak dengan sendirinya gara-gara En.suami. Bukan nak sangat amik tahu ponn..dah asik ngadap itu jer, bunyi sorakan, suara pengulas, bunyi yang macam hon2 tu..aduyaiii saya  yang sekadar duk lalu lalang depan tv nih pun jadi tahulah jugak pasal World Cup skrang nih!! Apapun perkembangan semasa kenela amik tahu jugak kannn...hihi


Brazil 2014


Owwhh ya, saya tahu..skrng mainnya kat Brazil…dah yang sebelum ni main kat Afrika duk asik nyanyi waka waka ay..ay.. tu kannn..itu jer lah yang ku tahu. Hahakss..Kalo tanya negara mana yang saya sokong, lantak ang lar!! Tapi saya bukanlah anti sangat dengan bola nih, cumanya yang tak best musim2 mcmni takder chan la saya nak layan slot drama :(. Dah abes bola kejap, kartun pulak..Pheanes and Ferbs (ntah betol ke mcmtu ejaan)…anak2 ku pulak ngerjakan tv sampai tetengah malam.

Anyway, walaupun ku tak layann...just nak share kalo ade pembaca di luar sana yang turut gila bola…ni dia jadual perlawanan, boleh bukak ke laman webnya terus klik Jadual Perlawanan Fifa
Tengok jangan tak tengok...!!

Begitulah kisahnya kalo musim bola dah tiba, dah nak kuar rumah gi keje pepagi tu sempat lagi hadap tv..tak bekpes pun tak pe dah…adoyaiii!!. Nasib baik ade ESP, sempatlah ku ‘Shake N Take’ bagi kat Encik Suamiku minum. Tak susah pun just masukkan 3-5 biji kurma, susu Dutch Lady perisa Strawberi n satu scoop ESP, Blend kesemuanya…taraaa…

sarapan ringkas berkhasiat
ESP yang telah diblend bersama kurma dan susu Dutch Lady

inilah hasilnya, boleh dijadikan sarapan yang ringkas dan berkhasiat sesuai untuk peminat bola yang xder masa nak bekpes tadi tuuu…katanya “abang minum ni boleh tahan sampai tengahari…tu pun rasa tak lapar sangat”. Dah memang la cik abang oiii…ade kurma n ESP tu yang buatkan perut tak rasa lapar dan bertenaga tu.

SEbut kurma teringat bulan pose kann..tak kurang jugak teringat pasal pokok kurma kat Kelantan yang berbuah lebat tu...dh tak lama lagi lebih kurang seminggu jer kita semua umat islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Haaa…rasa2 siapa yang nak terlepas sahur tu boleh get ready ESP n Kurma kat rumah. Cepat disediakan, rasanya yang lazat nyummy2...dan bertenaga sepanjang hari. Psssttt….jangan tak tahu ESP Soy Protein ni jugak mampu membuatkan kulit kita licin dan halus gebu. Haaa…taknak ke dah dekat2 nak raya pulak nanti, kulit licin comey lotte..hihi



 Berminat?..Jomm,,
 ***********************
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Ahad, 22 Jun 2014

Jom Bongkar...AlfaLfa & Rahasianya!!

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum...Selamat pagiii :)
hoyeahh...pepagi weekend begini ramai jugak yang setia berblog dan saling berkunjungan. Okeh, dikesempatan ini saya tak mahu lepaskan peluang berkongsi lagi tentang kebaikan produk shaklee yang 100% natural ini. Dengan harapan dapat meningkatkan taraf kesihatan sesama kita...bila badan sihat hidup pun ceria kannn :)
Sekali lagi nak citer pasal ALFALFA...banyak ceriteranya tentang alfalfa ni, almaklumlah punya 1001 khasiatnya, meh tengok inforia pasal kebaikan alfalfa kat bawah ni dulu....

alfalfa herba 1001 khasiat



 ALfaLfa ~ Ia penawar keputihan dan rahsia keintiman wanita...

Saya sekadar nak berkongsi apa kata customer yang telah merasai sendiri perbezaan ke atas masalah keputihan mereka apabila konsisten mengambil Alfalfa COmplex.. ( juga kesan ke atas keintiman wanita.. ni bagi yg dah berkahwin lah yaa.. )..

Keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ia hanya lendir putih, jernih ,cair tidak berbau dan tidak berasa gatal... Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasaalah apabila ia bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, diiringi rasa gatal2.. Jgn anggap ianya masalah kecil ya. .. ataupun akan hilang dgn sendiri.. Tahukah anda masalah keputihan ni disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ2 penting dlm badan..

Okey setelah tahu apa itu keputihan dan bahayanya ia... mari kita baca pengakuan mereka pula.. dgn izin empunya badan.. saya kongsi dibwh ini.. ini hasil dari yg mereka share di Group ekslusif tertutup utk customer2 kami...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zakiah Zainol okay...no wonder la kali ni lepas abis pantang saya takder masalah macam rasa tak sedap dan discharge yang agak tak best...selalu lepas pantang jer mesti nak ambik bxxxxi. But not this time. I tak nak ambil any jamu cos malas nak campur2

Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ehem ehem... pengakuan jujur Dilla tu mmg kisah benar... Tahukah anda 
Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). ..Jadi jika rasa rasa mcm teruja nak cuba.. silakan yaa

Di bwh ini pula saya share kembali beberapa feedback.. juga ttg masalah keputihan..

Pn Lyn:. (dari link ini )
".....saya perasan pas mkn vitamin shaklee ni, keputihan saye dah kurang & makin takde....gembira sgt2....

Pn Yati :.. (dari link ini )
".......dah start mkn alfafa nie tah bila tah lupa..xpot pun kesan dia sbb target utama nak bykkan susu..smlm mkn alfafa slps sarapan 2 biji lps lunch 2 bijik...blk umah nak mandi eh keputihan nie xde ketul2 la..saya punye keputihan bukan jenis melelah kena panties tu tp jenis tgal kat dlm..terkejut gak xde ketul langsung..dah pakai ubat klinik dah beberapa kali dah2 hehehe..sbb apa jadi keputihan nie?aku pun tak tahu..semua wanita ada keputihan ke ye? ke aku je?huhuhuhuhuh sedih2...tu td sms kak cery betul ke alfafa nie blh kurang keputihan..dia kata ye

Pn Dilla (dari link
 ini)
"....Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itu dia antara pengakuan beberapa org yg dah rasai kehebatan Alfalfa.. actually byk lagi testimoni mengenai Alfalfa dari segi kesihatan dalaman wanita seperti masalah keputihan dan keintiman ni.. cuma ia bersifat personal...jadi tak dpt disiarkan di blog ini.. :-).. Pendek kata.. anda cuba dululah.. baru anda percaya.. belum cuba belum tahu.. kan kan,...

Akhir kata.. anda akan jatuh cinta dgn Alfalfa ini sekiranya anda tahu khasiatnya dan rahsia keistimewaanya. Baca rahsia ttg alfalfa.. 
credit: mamafaiz

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms/WhatsApp~ 012-6715001
Email~ eyla7905@gmail.com 

Pelaburan Terbaik untuk Si manja

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum…semoga sihat-sihat dan ceria semua pembaca…alhamdulillah masih di beri kesempatan, ruang dan peluang untuk terus berblog 
Blog ku untuk tatapan semua ini berkongsi tentang penyusuan, kesihatan dan kecantikan disamping menjana income bersama Shaklee…bestnya Shaklee!!

Kali ni saya nak bercerita tentang vitamin untuk kanak-kanak..yesss!! anak-anak kita, siapa kata mereka tidak memerlukan supplemen tambahan? Sebenarnya peringkat tumbesaran ni lah amat penting untuk mereka diberi supplemen tambahan. Sememangnya nutrisi lengkap membantu mereka meningkatkan daya tumpuan dan kesihatan diri kerana kehidupan harian mereka yang sangat aktif tidak dapat memenuhi keperluan mengambil makanan seimbang. Jadi, sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa anak-anak kita tidak ketinggalan dalam pelajaran, oleh itu nutrisi dan pemakanan seimbang amat penting.

Perlukah kanak-kanak diberi supplemen tambahan?

~85% kanak-kanak tidak mendapat zat makanan secukupnya dari sajian harian dan lebih suka makan makanan ringan, makanan segera, gula-gula, dsb

Penting pengambilan lebih banyak buah, sayur, serat, protin dan kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tak tepu. Sayangnya jarang kanak2 yg suka makan buah dan sayur, malah ada yang enggan makanan makanan yang disediakan di rumah. Sebaliknya mereka suka makanan segera.

Cara terbaik untuk menggalakkan pemakanan sihat tentunya dari teladan.. Ibu bapa kena makan makanan sihat dan sediakan makanan sihat di rumah.

Dari kajian menunjukkan pelbagai masalah kesihatan kanak2 termasuk asma dan ekzema berkait rapat dengan pemakanan – pengambilan ikan dan bijirin. Kajian yang dibuat ke atas kanak-kanak menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan kanak2 yang menghidap masalah di atas setelah menambah pengambilan ikan dan serat, manakala menambah pengambilan buah dan sayur tidak membantu untuk mengurangkan masalah mereka.

Jadi, apa yang anak kita perlukan dari sumber ikan dan bijirin tu?Minyak ikan, Serat, Protein
Namun, menurut environmentalist, pengambilan minyak ikan yang banyak boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana kandungan logam berat seperti merkuri akibat pencemaran air laut. Jadi, dari mana kita nak dapatkan kebaikan protein dan minyak ikan ni?

Minyak Ikan
Omega Guard dibuat dari whole fish, bukan hati ikan dan ia bebas logam berat. Omega Guard juga menyediakan spektrum penuh asid lemak perlu Omega-3 iaitu DHA, EPA, ALA dan sebagainya.

Protein dan Serat
Untuk kanak2 yang dah tak menyusu ibunya lagi, kanak2 yang sering selesema, demam, sembelit, kurang selera makan, malah yang menghidap asma dan pelbagai jenis alahan termasuk ekzema…boleh mengamalkan pengambilan Meal Shakes.Tapi pastikan anak tiada alahan protein soya kerana Meal Shake Shaklee adalah soy based.

Shaklee Mealshake amat perlu untuk anak-anak kita yang aktif kehidupan harian mereka dan tidak  mempunyai kesempatan waktu untuk menikmati makanan seimbang.  Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.  Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.

Vitamin C  
Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C. Ia penting untuk meningkatkan sistem imun, kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan.

Apa yang perlu diambil berat untuk memilih suplemen vitamin yang bagus untuk anak?
1- Suplemen hendaklah diperbuat dari bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk anak.
2- Berikan suplemen vitamin bila anak perlukannya, kerana nutrien berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak.

Jika anda ibubapa yang menitikberatkan pemakanan seimbang anak-anak anda serta nutrisi yang terkandung dalam pemakanan harian mereka, apa kata cuba amalkan set untuk kanak-kanak ini, pelaburan terbaik untuk si manja anda...



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Sabtu, 21 Jun 2014

Tips: Panduan Posisi yang Baik Semasa Penyusuan

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum…
Bersua kembali dalam arena blog dunia alam maya…biarpun tidak bersua suka saya berkongsi ilmu dengan rakan-rakan pembaca khasnya untuk kaum ibu yang masih menyusui bayi. Dah banyak tips dalam entry sebelum ini yang saya kongsikan tentang penyusuan, bagaimana nak membanyakkan production susu dan supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu.

Satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu adalah posisi semasa penyusuan. Mungkin bagi ibu-ibu yang dah berpengalaman tahu akan hal ini…namun bagi yang pertama bergelar ibu masih kekok dan mungkin tak tahu jgk..macam saya mula-mula dulu lahh. Silap posisi jugak boleh meyebabkan sakit pinggang, puting melecet dan bayi pun tak selesa…
Jadi nk kena tahu jugak macamana posisi yang sepatutnya kannn…jom layannn!!

Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu

  • Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara efektif
  •  Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting
  •  Melancarkan pengaliran susu


       Posisi ibu yang betul:

  • Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika diperlukan.


       Posisi bayi yang betul:

  • Badan bayi selari
  • Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi
  • Bayi diampu sepenuhnya- kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir


Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara

      
      
Cara Pelekapan yang betul


Pelekapan yang betul




     
Pelekapan yang salah


   
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Mulut bayi tidak terbuka luas

  • Bibir bawah melangkup  keluar

  • Bibir bawah tertarik ke dalam
  • Dagu bayi menyentuh payudara

  • Dagu bayi jauh daripada payudara
  • Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi ( asymetrical latch )
  • Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah)


Okay mommies…semoga bermanfaat perkongsian yang sedikit itu yaa…apa-apa pun sharing is caring, kerana saya sangat menyokong penyusuan susu ibu. Ingat ye ibu-ibu susuibu adalah susu terbaik di dunia, berusahalah sedaya upaya untuk memenuhi hak bayi anda.


Pilihan Set Menyusu mengikut bajet
Pilihan Set Penyusuan Mengikut Bajet

Berminat untuk mendapatkan supplemen yang menyokong penyusuan?

SMS/WhatsApp:
012-6715001
Eyla Hamzah

Isnin, 16 Jun 2014

Kenapa Vitamin E dan Vitamin C Perlu Diambil Bersama?

Teks: MamaQaira
Assalamualaikum….Selamat Malam  bagi yang masih celik macam burung hantu..:)

Anakku yang sorng ni pun masih belum “weak” lagi baterinya, esok dah la nak skolah..puas suruh tido ade jer kerja nak dibuat. Besok pagi nanti la kang susah nak bangun…tapi janjinya nak bangun sendiri tak payah kejut pun..mmm…wait n see jer lah pagi esok.

Kalau nak Kulit Cantik..Amalkan Vitamin E dan VitaminC
Sambil sambil tunggu mata nak pejam..Mama nak share satu article ni berkenaan Vitamin E dan Vitamin C. Ape cer E&C..? hihi…ku tahu kedua-dua vitamin ni terkenal untuk kecantikan n aweks mudo giteww…sememangnya saya pun nak kulit cantik, sihat dan aweks mudo lah jugak…semua wanita inginkan kecantikan, betol tak..? tipulah kalau cakap taknak…biar apapun tujuan masing-masing nak cantik, tapi biarlah yang dah kawin tu niat nak cantik untuk encik suami…cantik di luar sihat di dalam, rumah tangga aman dan damai…

Ohhh...Camtu Kisahnya...!
Berceloteh jangan sampai terlupa…tadi saya nak citer pasal vitamin E dan Vitamin C nih. Sebenarnya kedua-dua vitamin ini lebih baik kesannya jika diambil bersama, maksudnya jika kita mengambil Vitamin E, sebaiknya perlu juga mengambil vitamin C. Kedua-dua Vitamin ini menyokong di antara satu sama lain dalam fungsi antioksidan. Walaupun vitamin E mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai antioksidan, ia memerlukan pertumbuhan semula selepas ia "menyembuhkan" kerosakan  sel akibat radikal bebas sebelum ia boleh berfungsi dengan baik lagi. Vitamin C dalam sel-sel anda mengembalikan fungsi antioksidan vitamin E supaya ia boleh terus berjuang untuk mempertahankan kerosakan tisu.

Haaa…tu diaa..sebab tu siapa yang amalkan pengambilan Vitamin E dan C ni nampak lebih mudo dari usia sebenar-sebenarnya,  kerana vitamin E ni lah yang bekerja keras untuk mempertahankan sel dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas.

Oraitt..rasanya dah tercapai hajat nak share ilmu yang saya dapat tu, kadang-kadang kita kene rela berkorban beli lebih daripada satu jenis supplemen untuk mendapat kesan yang lebih baik atau optimum. Pelaburan untuk kesihatan…kalau dah yakin produk tu bagus, takyah la sayang duit sangat. Kesihatan lebih berharga dari wang ringgit.

Kalau nak tahu The Most Powerful Vitamin E and The Best Vitamin C ever…tengok dalam gambar kat bawah…kenal tak? Haa…tentulah Vitamin E Shaklee dan Sustained Release Vita-C Plus, semestinya pilihan saya :)

Vitamin E dan Vitamin C
Antioksidan E dan C
Jom...rasai sendiri kehebatan dua antioksidan ini, untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh serta kecantikan luaran. Pastinya dari sumber semulajadi, tanpa pewarna dan perasa tiruan.

Sumber


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Sabtu, 14 Jun 2014

Jangan Stress...Vitamin Anti Stress kan ade... :)

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum…selamat berhujung minggu semua..bagi cekgu cekgi bersedialah mental dan fizikal untuk memulakan semula rutin harian serta tugas mengajar lagi 2 hari ninkann..cuti sekolah dah nak berakhir dahhh…

Apa-apa pun tugas kita..terimalah dengan ikhlas dan sabar, dah itu juga pilihan sendiri dan itu jugaklah punca rezeki setiap bulan kannn…sebut pasal kerja ramai yang suka cuti betul tak? Mungkin kerja anda stress? Banyak handle dengan pelbagai kerenah manusia? Boss mintak macam2? Badan penat kene travel jauh-jauhl..Stress dengan persekitaran kerja, stress dengan rakan sekerja, balik rumah anak-anak  pulak buat hal..tapi kalo takde kerja stress jugak..ye dok?? Haaihh..sume nak stress!! tak maulah, nanti cepat tua, penyakit pun senang hinggap bila asik stress jer kejenye..

Penawar Stress...Vitamin Anti-Stress

OK..kalau tak nak stress, MamaQaira nak kongsikan tentang B Complex…haaa kalau stress ingat B complex, sure cool n relaks lepas amik B comp. Kalau uolls nak tahu B Complex ni sebenarnya mudah musnah dalam badan kalau kita stress dan mudah musnah jugak bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil, pengambilan pil perancang, merokok dan keletihan melampau. So, B-Complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan rutin seharian dengan senyuman dan mood lebih ceriaa..

Jangan Terlalu Berkira...Supplemen Pelaburan untuk Kesihatan

Akhir kata…. sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai di luar sana yang sayangkan anda. Maka jaganlah terlalu berkira untuk reward diri sendiri dengan memilih supplemen yang terbaik dan berkualiti. Saya yakin kita semua perlukan B Complex…dan B Complex pilihan saya tentulah B Complex Shaklee..

Ehh Vitamin C pulak...!!
Selain pengambilan B Complex…Vitamin C merupakan antioksidan yang tinggi dan dapat meneutralkan radikal bebas yang memusnahkan sel. Ini kerana stress atau tekanan dan keletihan menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Ia juga amat2 penting untuk kesejahteraan tubuh manusia. Vitamin paling popular ini amat terkenal kerana fungsinya yang pelbagai kepada tubuh manusia. Selain untuk meningkatkan system pertahanan badan, Vitamin C sering diamalkan oleh wanita untuk fungsi kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C bertindak untuk menggalakkan penghasilan kolagen yang penting menjadikan kulit lebih anjal dan cerah.

Vitamin C dan B complex


Jadi, untuk anda di luar sana yang ingin kelihatan cantik di dalam dan juga di luar serta perasaan yang "cool"…meh la amalkan dua vitamin penting ini..B Complex n Vita-C Plus yang ohsem!!

Sangat berkesan dan menjimatkan..harganya berbaloi-baloi!!
Vita-C Plus: Sebotol (180biji)> untuk 6 bulan> RM92.50
B Complex: Sebotol (129biji)> untuk 4 bulan> RM53.00




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: MamaQaira 
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Jumaat, 13 Jun 2014

Promosi Jun 2014~Vitamin E (Beli 6 Percuma 1)

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum...salam sejahtera :)
Rasanya belum terlambat berkongsi kehebatan Vitamin E semulajadi ini, apatah lagi Bulan Jun ini merupakan Promosi Vitamin E (Beli 6 percuma 1)...dah lama sangat rasanya Shaklee tak buat promo VitaminE nih, jadi bagi peminat tegar vitamin E ni...sangat3 berbaloi dapatkan sekarang. Berkongsilah dengan keluarga dan rakan-rakan...kan..dapat keahlian percuma dan cashback lagiii..
Haaa..best kann..banyak lagi keistimewaan lain bila dah jadi ahli nii..tpi yang tu citer lain kali lah. Sebab skrang ni entry saya pasal vitamin E..hihi

Vitamin E terbaik


Banyak dah vitamin E pasaran kann...sampai tak tahu nak pilih, okey...bagi Vitamin E Shaklee ini adalah antara perbezaannya:
Ia dibuat daripada minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta)…menjadika ia adalah Vitamin E paling lengkap di pasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara membrane sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan antioksidan serta melindungi retina.

TAHUKAH ANDA?
vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.
~Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease Berminat? ***************************************** PM: www.facebook.com/messages/MamaQaira SMS/WhatsApp: 012-6715001 BLOG: www.mamaqairachoice.blogspot.com

Khamis, 12 Jun 2014

Segelas ESP dan Sebiji Vita-C Plus Setiap Pagi...

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum....selamat pagii :)

Senyum setiap pagi...untuk menjana aura positif, senyum juga adalah sedekah yang paling senang tapi tak semua orang boleh buat...senyum juga menjadikan wajah awet mudaa...haa betol tak?? Selain daripada tu...pengambilan supplemen juga dapat membantu meremajakan kulit...remaja tuuu..euwww..

Jadi pepagi nih nak share rutin harian saya breakfast yang sempoi tapi berkhasiat dan cukup memberi tenaga dan menjadikan kulit halus cantiik. Memang tak letih sepanjang hari kalo saya amik menu macamni...berbanding kalo saya tak amik...kulit pun terasa halusss...terasa perbezaannya..nak tahu betol ke tak..so, kene sendiri cuba la yer..hihi

Taraaa...nyummyy!!

ESP soy protein
ESP Sebagai Sarapan Berkhasiat
Jom..tengok resepi breakfast rahsia bertenaga sepanjang hari di pejabat :)
Apa yang ada dalam segelas ESP tu yer...cuma masukkan 1 sudu ESP dan 3-5 biji kurma, tambahkan susu UHT Dutch Lady perisa strawberi dan blend. Kalo yang shake n take tu lagi senang kan...boleh minum kat opis jer kalo tak sempat. Dah siap!..boleh terus minum atau makan bersama oat, kalo ade madu leh tambah sesudu...mabelesss!

Set Kecantikan Bajet Minimun


ESP adalah protein soya yang ‘concentrate’…ia membantu dalam penghasilan sel-baru bangi menggantikan sel lama yang telah rosak/mati. Apabila sel diperbaharui, maka ia amat membantu dalam penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih berkesan. Jadi senanglah kita dapat hasil daripada pengambilan vitamin/supplemen lain.

Haa..lepas dah breakfast tadi, amik pulak sebijik Vitamin C...its enough!

Vitamin C dari segi kecantikan kulit ia membantu merangsang pembentukan kolagen menjadikan wajah lebih anjal. Manakala untuk kesihatan ia meningkatkan system pertahanan badan, memulihkan luka dengan cepat, mencegah gusi berdarah, melawan sel kanser, mengurangkan kolestrol serta membaikai insomnia dan stress.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: www.facebook.com/messages/MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Khamis, 5 Jun 2014

Blogaway On The Go...!

Hari ni first time try blogaway kat handset...harap-harap lepas ni dapat la uptade sentiasa...dan mudah-mudahan tidak bersawang lagi :)

Senang je nak download...pegi kat playstore & taip blogaway, ade yang free ade yang berbayor...untuk orang yang tak expert macam aku nih amik yang free jer tak membazir...hehe

Mmmm...macam best jer guna nih, first time jer pun, tetibe pulak dah rase macam terrer..hihik...suke laa...jom try sape2 yang masih on lappy tu, pakai ni kat mane2 pun bleh hapdate blog..ker aku jer yang baru tahu... kot orang lain sume dah berkurun pakai apps ni kannn..hihi..takpelah just sharing :)

Sharing is caring...


Posted via Blogaway
Teks: MamaQaira

Assalamualaikum…selamat pagi & salam sejahtera semua J


Pagi ni hujan yang lebat sangat kat Puncak Alam ni dan mungkin beberapa kawasan lain..syukur hujan rahmat. Dingin subuh yang masih terasa ditambah pula deruan titik-titik hujan yang membuai, terasa ingin ku rebahkan seketika badan di tilam empuk itu…anak-anak pula masih tidur, Encik somi pula dah keluar kerja...hmmm..banyak kerja kat rumah ni nak kene buat, tapi ape jer aku nak buattt…biarlah dulu kerja tu kalau dilayan sampai bila pun tak siap. Apa yang pasti sesekali layan blues best jugakkan, duduk di sofa sambil update blog diiringi alunan nasyid & zikir kegemaranku di MP3…owhhh damainyeee…syukur padaMu ya Allah dengan nikmat di pagi ini, mengizinkan aku untuk terus bernafas menyedut udara yang nyaman ini, syukur dengan apa yang kumiliki untuk seketika ini sebuah keluarga bahagia, kesihatan dan harta dunia yang dipinjamkan.   

#Tenang#Bahagia#Syukur