Kepentingan penyusuan susu ibu
dengan kerap untuk memastikan
penghasilan susu ibu yang mencukupi:
·
Memastikan bayi mendapat susu yang
mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.
·
Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan
mengikut waktu tertentu
·
Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa
anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.
·
Jangan gunakan puting kosong.
·
Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu
payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.
·
Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan
mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk
badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu
botol.
·
Bagi ibu bekerja :
-
susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan
sebaik sahaja balik dari kerja. Beri
penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan
pada hari cuti.
-
Jika mampu, gunakan pam berkembar (double
pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan
susu. Kajian menunjukkan “double
pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin.
-
Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja,
sekurang-kurangnya 2-3 kali
-
Tenangkan fikiran.
-
semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi .
pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam
bulan.
-
Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan
malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan
susu.
Akhir sekali niat yang ikhlas dan jangan pernah rasa give up untuk meneruskan tanggungjawab yang murni untuk anak tersayang demi mendapat keredhaanNya..
tq share tip ni...
BalasPadam