mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Ahad, 17 Mac 2013

Tips Kulit Cantik & Rahsia ESP


Saya nak kongsikan beberapa tips mudah untuk penjagaan kulit bagi mendapatkan kulit yang cantik dan gebu. Apa yang tersenarai di sini adalah sebahagian di antara tips mudah dan simple..jom amalkan untuk kulit cantik..

(1) Amalkan air kosong 3 Liter sehari
Air kosong membantu kelancaran sistem perkumuhan dan pencernaan badan kita. Apabila usus kita bersih serta pembuangan najis berjalan lancar ianya dapat mengelakkan toksin daripada berkumpul dalam badan kita.Toksin adalah salah satu punca jerawat naik ke muka.

Selain itu, air kosong dapat melegakan rasa stress. Cuba minum segelas air kosong ketika anda stress. Pasti anda kagum dengan betapa leganya perasaan selepas itu.

(2) Amalkan makan buah-buahan tinggi antioksidan
Antioksidan adalah bahan penting untuk kekal awet muda kerana ia menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit muka kita yang sering terdedah kepada sinar matahari. Radikal bebas banyak terdapat dalam sinar UV serta pencemaran udara.

(3) Mengamalkan supplement protein
Jerawat, parut adalah hasil daripada sel kulit yang sudah mati serta rosak namun masih tertinggal di lapisan kulit. Ianya perlu digantikan dengan sel yang sihat dan sempurna. Apa pula kaitan protein kan?? Protein ni bahan untuk menghasilkan sel yang sihat.

Badan kita tidak dapat menyimpan protein setiap hari dan perlu diambil setiap hari.

(4) Senaman otot muka
Salah satunya adalah dengan makan chewing gum untuk menggerak-gerakkan otot muka di sekitar mulut kita. Selain itu untuk muslim, boleh sentiasa menyebut zikrullah dan basahkan muka dengan air wuduk.

(5) Sentiasa ceria
Mood kita seharian mempengaruhi keseluruhan kesihatan mental kita. Pastikan anda sentiasa senyum dan ceria kerana ianya dapat menjauhkan anda daripada rasa stress serta berfikiran negatif

Ok, kat sini say nak highlight tang protein tu yer..bukan ape..sebab dah ada pengalaman sendiri. Sebelum mengamalkan ESP ni, kulit muka saya berminyak dan agak kusam. Alhamdulillah selepas mencuba 1 canister pertama dah nampak perubahan, tak perlu nak tacap selalu dah. Semakin menjadi sebutan ramai kehebatan ESP ini di kalangan wanita terutamanya..sebenarnya lelaki jugak boleh minum kalo nak.

Apa yang Membuatkan ESP Hot Stuff? Hot Seller..?

Istimewanya ESP Shaklee. Kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.  
ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  
Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol. Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Sumber : Shaklee Malaysia

Sudah ramai pengguna ESP yang memberikan feedback tentang perubahan yang ketara pada kulit wajah mereka. Yang berikut adalah perkongsian dari mereka yang begitu mengujakan~








Haa..amacam, seronok tak baca pengalaman mereka. Sememangnya ESP hot stuff dan kian menjadi rebutan ramai...

Anda akan nampak perubahan dalam tempoh sebulan jika konsisten dalam pengambilan ESP setiap hari serta mengamalkan tips mudah di atas terutamanya air 3 liter sehari itu. Jangan terlalu mengharapkan hasil yang ketara dalam masa singkat kerana kulit mengambil masa 20-90 hari untuk renew.  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / Call 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     FB Page : mamaqaira choice
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.