mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Isnin, 19 November 2012

Kenapakah B complex membuatkan kita rasa lapar…?


Fungsi vitamin B complex adalah utk menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Oleh itu, tubuh badan kita sangat memerlukan vitamin B complex supaya apa yang kita makan dapat ditukarkan kepada tenaga selengkapnya. Kekurangan B complex menjadikan proses penghasilan tenaga kurang efisyen, di mana timbul masalah mudah letih, stress, migrain dan juga paling tak best sekali masalah berat badan.

Jadi, kenapa asyik rasa lapar jer bila ambil B complex.....

Sebenarnya rasa lapar itu adalah salah satu tanda di mana tubuh badan kita memerlukan karbohidrat, protein dan lemak utk dibakar menjadi tenaga. Lagi aktif aktiviti seharian kita, lagi kerap kita akan berasa lapar dan yang menjadi masalah adalah apabila individu itu gagal mengawal nafsu makan apabila rasa lapar (cthnye kalo satu hari 10 kali rasa lapar, 10 kali lah individu itu mkn nasi dengan lauk pauk) 

Sekiranya kita makan mengikut jadual, iaitu mkn 3 kali sehari, masalah ini tidak akan timbul, kerana badan menerima cukup sumber makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sekiranya rasa lapar in between meal, memadailah ambil snek ringan (cthnye biskut oatmeal, buah buahan) supaya diet seharian seimbang serta tidak mendatangkan masalah kegemukan.

Pengambilan B Complex juga perlulah selepas makan. Jika di ambil sebelum makan, anda akan makan dengan terlebih berselera (boleh end up terlebih makan) dan ini sebenarnya akan menyebabkan masalah kegemukan.

credit:shikin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.