mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Selasa, 1 Januari 2013

Adakah Anda Perlukan Supplemen…? Jom Semak Tahap Kesihatan badan anda

Bagaimana mengetahui jika badan kita kekurangan zat yang diperlukan..adakah kita benar-benar memerlukan makanan tambahan atau supplement…mungkin ada yang liat juga utk mengambil atau menelan supplemen terutamanya dalam bentuk tablet. Kene telan setiap hari seolah2 sedang bergantung dengan ubat utk merawat sesuatu penyakit. Hakikatnya supplemen bukanlah ubat yang diperbuat daripada dadah, dan pemilihan supplemen semulajadi (bukan sintetik) adalah amat penting dan jgn sesekali diabaikan...kerana adalah lebih baik tdk mengambil langsung apa2 supplemen jika ia adalah sintetik.

Vitamin sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli. Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi, adakah anda memerlukan supplemen/vitamin semulajadi ini…? Atau mungkinkah ini kata-kata sesetengah daripada anda :

“Saya sihat je dan tidak perlukan pemakanan tambahan (supplement)”

“Eh, nenek saya sudah umur 80 tahun.Sihat je.Saya tengok nenek tiada amik sebarang supplementpun”

“Buat apa nak ambil supplementSupplement ni untuk orang sakit je”

“Setiap hari saya ambil pemakanan seimbang jadi saya tidak perlukan supplement

Senario di atas mungkin biasa kita dengar..Sedar atau tidak yang persekitaran kita semakin berubah selari dengan pembangunan yang semakin pesat.

Sebelum itu fikir2kan...
Adakah anda tinggal di persekitaran yang mesra alam atau dipenuhi dengan hijau-hijauan?
Adakah anda menanam sendiri sayur-sayuran yang anda makan?
Adakah anda menternak haiwan untuk mendapatkan bekalan daging serta susu?

Generasi nenek moyang kita mungkin masih berada di dalam kategori di atas. Namun saya boleh katakana yang generasi Y sekarang sudah tidak memiliki apa yang nenek moyang kita rasai dahulukala.

Bagaimana dengan pemakanan seimbang yang perlu diambil?

Sumber protein daripada ikan, daging, ayam dan kekacang boleh diambil setiap hari. TETAPI, tahukah anda yang protein terdiri daripada rantaian asid amino yang akan terurai apabila dipanaskan pada suhu melebihi 40darjah. Sudah pasti suhu dapur gas kita lebih tinggi kerana walaupun kita tercuit sedikit periuk panas, dengan pantas kita mengalihkan tangan. Apatah lagi dalam air panas menggelegak.

Berdasarkan suasana hidup masyarakat sekarang, saya sarankan anda untuk mengambil supplement dan pastikannya daripada sumber semulajadi untuk kesejahteraan hidup dlm jangka panjang...insyaallah jika Allah pjgkan umur.

Mari kita lakukan satu senarai semak tahap kesihatan badan.

1. Kurang bertenaga
2. Berat badan berlebihan / berkurangan
3. Selalu pening / sakit kepala
4. Gusi berdarah
5. Mudah bercalar / lebam
6. Penghadaman yang tidak baik
7. Sukar untuk bangun tidur
8. Mengantuk
9. Keinginan yang tinggi terhadap makanan manis
10. Gugup / Gementar / Sedih
11. Kekeringan mata
12. Kuku berpecah
13. Kebas tangan / kaki
14. Kekejangan kaki
15. Sakit / sengal badan
16. Bahu / lengan yang kaku ( tidak boleh digerakkan)
17. Sembelit
18. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
19. Rambut gugur
20. Selalu menggunakan pil penahan sakit
21. Selsema
22. Nafas berbau

Jika anda menjawab YA walaupun untuk satu sahaja senarai semak kesihatan di atas, bermakna badan anda memerlukan supplement. Mulakan hari anda dengan kesihatan yang lebih baik. 

credit:Tuty





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Berminat?
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.