Apabila kita
bercakap tentang kehidupan yang lebih sihat, ada beberapa pilihan.
- Makan makanan seimbang.
- Tinggal di kawasan yang tiada
pencemaran
- Bersenam
- Bersosial secara sihat.
No (1) ya kita
boleh makan makanan yang seimbang. Kita boleh sediakan makanan ikut piramid
makanan. Namun, dapatkah kita pastikan semua makanan yang kita makan menjadi
zat dalam badan atau sekadar hampas saja? Adakah kita boleh pastikan tiada
nutrient yang terbocor semasa kita beli, cuci, potong dan memasaknya? Malah
misalnya sayuran, penggunaan pestisid, tak banyak sikit pasti meninggalkan
kesan.
No (2), kecuali
kita berpindah Costa Rica, atau ke kawasan yang masih belum rancak
pembangunannya… kita tetap terdedah kepada pencemaran walaupun tiada kilang
berkatan.. Paling tidak dari ekzos kereta serta habuk dan debu, juga radiasi
yang kita tak nampak.
Konsisten dengan
no (3)? Saya ada beberapa kawan yang konsisten ke gym dan joging setiap petang
& hari minggu. Tapi rationya 1:800 kot.
Gaya hidup sosial
yang sihat menjadikan kita tenang dan lebih mudah untuk melegakan stress.
Misalnya menghadiri kelas-kelas agama, motivasi dan sebagainya. Tapi hari ni
kebanyakan kita bersosial di FaceBook.. senaman tangan je lah. Kita boleh
bersosial tapi sentuhan itu tak ada. Bersosial cara sihat bukan sekadar
berhubung saya, tapi bersentuhan, bersalaman, itulah yang mengaktifkan lagi
saraf2 kit.
Jadi, salah satu
cara untuk menyokong lubang-lubang yang kita tak dapat penuhi dalam perkara2 di
atas ada satu - PENGAMBILAN VITAMIN.
Lepas ni pergi
farmasi/kedai beli vitamin. Semudah itu kah? Pastinya tidak kalau kita tahu
hakikatnya…
Hakikatnya tidak
sama…
Sebelum tu saya
nak ingatkan… Vitamin atau suplemen ni adalah PELENGKAP,
bukan PIL AJAIB yang membolehkan kita terus sihat walaupun
makan tak jaga, makan junk food berguni2 sambil tengok movie depan TV.. Ramai
yang tak faham, malah ada yang beranggapan bila ambil vitamin tak perlu jaga
makan dan bersenam. Tanggapan ini salah sama sekali. Kita sekali-kali tak boleh
meninggalkan amalan hidup yang sihat.
Makan vitamin tapi hari2 hantam makanan
segera dan melepak tengok TV sambil makan popcorn tidak menjadikan seseorang
itu sihat (tapi, berbanding orang yang buat benda sama tapi tak makan vitamin,
yang makan vitamin tentunya lebih baik).
Jadi, bagaimana
nak memilih suplemen/vitamin yang baik?
1. Dari apa ia
dibuat
Vitamin yang
dibuat dari sumber semulajadi (tumbuhan) adalah lebih baik.
2. Lengkap
dengan nutrient yang diperlukan oleh badan
Jangan tertipu
dengan nama2 bombastik. Kenali nama2 vitamin dan mineral, misalnya nama2
Vitamin B seperti thiamin, robiflavin, cobalamin, folic acid, etc… Nama2 pelik2
tu mungkin BUKAN VITAMIN!
3. Memenuhi
kehendak tubuh, misalnya mengikut saranan RDA.
Ada vitamin yang
mengandungi terlalu sedikit, dan ada yang terlalu banyak.
Bagaimana untuk
mengetahui semua rahsia di atas? banyakkan membaca/mengambil tahu tentang
vitamin. Jangan kata kita tak perlu vitamin, kerana tubuh kita perlukan vitamin
untuk membesar dan bekerja. Adakah kita rasa cukup dengan makanan yang diambil
hari2? Tepuk dada, tanya selera.
Sumber > vitaminsemulajadi
Panduan yg sangat bermakna.
BalasPadamBetul kalau makan tak jaga lagi teruk berbanding yg berjaga tapi lagi teruk yg tak ambil supplement langsung...
yupp..betul tu kakzakie, dgn pegmbilan supplemen at least dpt manampung kekurangan zat yang diperlukn oleh badan..mane tknyer asik hadap jajan jer..hehe
Padambgus la kak iela bg tips nie ^_^
BalasPadambgus la kak iela bg tips nie ^_^
BalasPadamtq dira..sekadar berkongsi ape yg patut dikongsikan, semoga bermnfaat utk semua..sharing is caring ;)
BalasPadam