Salam semua…semoga
terus ceria dan bersemangat utk teruskan kehidupan walau dalam ape jua keadaan
sekali pun.
Ok, hari ni saya
terjumpa satu lagi sumber yang menarik utk dikongsi bersama, mungkin boleh
dijadikan panduan dalam membuat pemilihan supplemen / makanan tambahan yang
lebih baik. Oleh kerana saya juga mengambil supplemen ini, saya selalu mencari
maklumat berkaitan produk yang saya ambil, terutamanya yg berkaitan kesihatan. Bukan
saja pilih pakaian nk tau fabric jenis ape, pilih hbag brand ape, pilih kasut
yg selesa…lagi penting benda yg nk masuk dalam perut kene amik tau dari bahan
ape kaaann…kesihatan mempengaruhi seluruh kehidupan harian kita, kalo dh sakit
nk bergaya pun dh tak larat, so dh takde guna lagi benda2 mahal yg kita beli tu…melainkan
nk sihat jer bler dh sakit. KESIHATAN satu anugerah yang kita tak nampak masa
sihat..kita akan tau betapa nikmatnya hidup sihat bile dah SAKIT.
Ok, artikel ini
berkaitan Sains dalam Shaklee by mommy lyna.
Terpanggil untuk
menulis topik ini memandangkan cadangan dari seorang teman (doktor) tentang
bukti keberkesanan Shaklee, bukan sekadar testimonial semata-mata.
Shaklee dikatakan
terbukti berkesan adalah kerana ia menjalani ujian klinikal dan diterbitkan
dalam jurnal saintifik yang menjadi rujukan pada saintis. Ramai orang/produk
boleh claim ‘ujian klinikal’ tapi berapa banyak yang boleh memberi bukti
bertulis dan diterbitkan di peringkat antarabangsa?
Shaklee bukan
berdiri atas pilihan ramai, tapi dorongan sains.
Antara jurnal2
saintifik yang pernah menerbitkan kajian tentang Shaklee ialah:
Shaklee juga telah
menjalankan kajian yang dinamakan ‘Shaklee Landmark Study’ dengan kerjasama UC
Barkeley School of Public Health untuk menilai tahap kesihatan jangka panjang
pengguna Shaklee.
Kajian ini
menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan
yang lebih baik berdasarkan 4 penanda biologi ini:
Ini juga satu tips
untuk anda yang sedang mencari suplemen yang sesuai dan terbaik. Utamakan yang
menjalani ujian klinikal yang telus iaitu dijalankan oleh pihak ketiga, yang
mana tiada unsur-unsur yang diragui dalam kajian yang dijalankan. Ini kerana
semua suplemen mengakui pelbagai penyelidikan dijalankan namun seperti
pengalaman Dr Bruce Miller hampir 30 tahun lalu, tatkala beliau meminta syarikat2
suplemen memberikan jurnal mereka, hanya Shaklee yang memberi respon.
Usah anggap ‘semua
suplemen sama saja’, ya kerana ia tak sama. Sedangkan haiwan yang diternak
secara organik pun tak sama dengan haiwan yang dicucuk hormon dan antibiotik,
inikan pula suplemen yang boleh dibuat dalam lab saja!
Buatlah pilihan
yang betul untuk kesihatan anda. Ramai orang yang ambil suplemen tapi makin
sakit.
Jadi..bagaimana dengan anda? adakah anda bersedia utk berkompromi dengan kesihatan anda, tepuk dada tanya akal ;)
sumber : mommy lyna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.