Ingin kuruskan
badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda
kurangkan berat badan.
Kebanyakan tips
kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
1-10: Nutrisi
dan Diet Pemakanan
Mari kita
bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
- Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga
hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah
memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
- Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu
anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2.
metabolisma badan akan menurun.
- Kenali keperlukan kalori
seharian anda. Ramai
yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau
tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
- Roti canai … hmm berapa kalori
tu? Pastikan
anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda.
Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
- Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip
kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula
seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula,
anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
- Minum air mineral. Air tidak mengandungi
apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa
panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah
takungan air badan anda.
- Jangan makan buah-buahan dengan
berlebihan. Walaupun
buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori
(gula) yang boleh menggemukkan.
- Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan
nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz
hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
- Pastikan kuantiti pengambilan
protein cukup. Sebagai
panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda.
Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
- Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk
mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk
kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.
11-20: Senaman
Senaman
sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman
yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup
dan minat anda.
- Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin
mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat
membantu mempercepatkan usaha anda.
- Angkat berat! Tak kira jantina
dan umur Pastikan
anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa?
Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau
anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
- Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya
bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman
anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda.
Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
- Pastikan anda bakar lemak dan
bukannya glukos. Jika
anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak,
pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
- Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak
perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan
pulih … penting kualiti senaman.
- Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan
abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan
lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda
kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
- Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip
16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan
pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
- Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai
untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan,
kardio jauh lebih baik.
- Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh
membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda
mengunjunginya.
- Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu.
Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar
kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
21-25: Suplemen
dan makanan tambahan
Jika
digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan
tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan
anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
- Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan
harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak
tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
- Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes.
Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda
melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori
berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya,
jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
- Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau
membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan
kedua-dua.
- Suplemen protein merupakan pilihan yang
baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi
kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di
rumah.
- Dapatkan suplemen multivitamin
yang baik. Kekurangan
micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda
mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan
gaya hidup anda yang unik.
- Herbalife adalah contoh makanan
pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat
memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal
dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk
suplemen.
Sumber: KevinZahri
Jadi, bagaimana
cara nak kurus dengan betul?
Persamaan cara turunkan berat badan
yang betul:
Pelihara otot +
bakar lemak ——————-> turun berat.
Jadi, cara menurunkan berat badan
yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?
·
Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula
dalam darah
·
Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
·
Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
·
Membantu tubuh untuk memeliharan jisim otot, pada masa yang sama
membakar lemak
Produk Shaklee untuk tujuan ini yang
boleh diambil ialah CINCH SHAKE MIX dan/atau ENERGIZING SOY PROTEIN ~ antara sumber protein terbaik!
credit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan
& Promosi Terkini :
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889
Jika berminat boleh isi Order Form ini.
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889
Jika berminat boleh isi Order Form ini.
terbaik punye info
BalasPadam