mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Selasa, 11 September 2012

Ketahui Segalanya Tentang B Complex

Apa itu B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu 
  • Vitamin B1 (thiamin) ~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 (riboflavin) ~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3 (niacin) ~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5 (panthothenic acid) ~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6 (pyridoxine) ~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B7 (biotin)diperlukan untuk penghasilan tenaga serta kesihatan tubuh, kulit dan rambut
  • Vitamin B9 (folic acid) ~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12 (calabamin) ~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Apa fungsi vitamin B complex ?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga, menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Siapa yang perlukan B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· · Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· · Wanita yang mengambil pil perancang
Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...


Apa kelebihan vitamin B Complex Shaklee?



Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

Apakah makanan yang mengandungi Vitamin B ?
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Bila kita tahu fungsi dan kebaikkan B Complex..automatik kita akan berdisiplin utk makan hari2.. B Complex membantu badan lebih bertenaga, lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi....
credit to mamafaiz.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.