mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Ahad, 30 September 2012

Membekalkan Tenaga Semulajadi

Cinch™ Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Sabtu, 29 September 2012

Langsing dengan Cinch

Cinch™ Shake Mix


Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Jumaat, 28 September 2012

Vitalea Shaklee...killer product!


Produk yang diminati ramai…juga penting untuk ibu hamil, BF moms, dan berpantang (bersalin secara ceaser)...




Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah... berikut testimoni yang mengamalkan Vitalea..
credit to Momma Mia



Shaklee BERBEZA sebab...
  • memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
  • menguatkan fungsi otak
  • membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
  • ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh. 
Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
_______________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________



Khamis, 27 September 2012

Tips Kuruskan Badan


Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.
11-20: Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
21-25: Suplemen dan makanan tambahan
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen.
Sumber: KevinZahri
Jadi, bagaimana cara nak kurus dengan betul?
Persamaan cara turunkan berat badan yang betul:
Pelihara otot + bakar lemak ——————-> turun berat.
Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?
·         Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah
·         Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
·         Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
·         Membantu tubuh untuk memeliharan jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak
Produk Shaklee untuk tujuan ini yang boleh diambil ialah CINCH SHAKE MIX dan/atau ENERGIZING SOY PROTEIN ~ antara sumber protein terbaik!
credit

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889

Jika berminat boleh isi 
Order Form  ini.

Keistimewaan ESP Shaklee





SIAPA YG PERLUKAN ESP?
Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
Wanita: Keanjalan kulit dan weight management.. Awet muda dan langsing..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata, protein juga diperlukan untuk pembinaan sel-sel otot untuk pembakaran kalori) . Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

                                  Perbezaan Shaklee

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungisembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga.Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.


Panduan Memilih Soy Protin Berkualiti

Antara soalan yang sering saya dapat.."Kak.. protin brand ni xxx bagus tak?".. "Kak..betul ke ESP shaklee bagus?"...Bagus ke minum soy ni ?..blablablabla.. Hmmm..isu kat sini ialah...Bagaimana nak memilih soy protein yang bagus?kat pasaran sekarang melambak dah mcm2 jenis protein........kualiti amat penting kan kan..(kerja saya ni melibatkan Quality Control....jadi memang byk standard2 yang perlu dipatuhi..american standrd la british standard la..petronas standard la...shell standard la... manual ,standard,procedure,guideline..bla bla. dan seangkatan dengannya..tak terhafal oleh ku).. Jadi seharusnya kene memilih yang berkualiti...
Saya selalu kata ESP ni best seller...memang yer pun.....dan saya nak berkongsi disini 7 kriteria penting.. 7 control checklist yg perlu ada dlm soy protein yang baik dan berkualiti... yelahkan..nak beli ape2 pun kene ada kriteria.. nak beli ikan segar pun ada kriteria..tgk mata..tgk insang..tgk kulit... nak pilih calon suami isteri pun ada kriteria.. rupa paras,perangai,famili,harta..harta?hihi... pendek kata dlm hidup ni ..apa je yg kita nak beli mesti ada standard dan requirement... kita yang empunya badan..kita yg tentukan...okay..thats it...mari saya cerita kenapa 7 kriteria ni perlu ada...artikel tu dlm omputih..ni yg saya tulis berdasarkan pemahaman saya...
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
credit:mamafaiz.com



Isnin, 24 September 2012

Menurunkan Berat Badan Secara Sihat


Menurunkan berat badan…? Bagaimana…? Makan sikit atau langsung tak makan malam, adakah itu yang sepatutnya dilakukan untuk langsing? Jangan sampai kurus kering sebab tak makan…itu kurus yang tidak sihat sebab tak cukup zat.
Kini anda tidak perlu risau dengan adanya Slimming Set Shaklee…kurus, langsing dan kekal sihat…Insyaallah cuba dulu!
 Apa yang anda perlukan?
Basic course : Detox + Fat Emulsifier + Protein
Detox Product : Herb-lax  / Alfalfa
Fat Emulsifier/Pemecah Lemak : Lecithin /OmegaGuard
Protein : Cinch Shake / ESP

Atau

Kenapa perlu detox?
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
HerbLax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk BF mommy dalam 2 kali seminggu sahaja. Begitu juga bagi mereka yang jenis mudah lawas.
Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya. Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.
Kenapa Lecithin/Omega perlukan Detox Product?
Lecithin/Omega fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu ambil lecithin/omega dengan combination produk di atas.
Kepentingan Protein?
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.
Untuk Ibu menyusu, disarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.

kurang protein tambah berat badan
Menurut penyelidik dari Australia, gagal mendapatkan protein yang secukupnya mampu menyebabkan pertambahan berat badan! kajian yang dilakukan menunjukkan individu yang mengambil 10% daripada dietnya sebagai protein sebenarnya telah membawa masuk 1,000 kalori sepanjang 4 hari daripada individu yang mengambil 15% protein. oleh kerana protein mudah memberi kenyang. makanlah 1gram protein bagi setiap 0.5kg berat badan sasaran anda.
Sumber : iSIHAT Ogos 2012

Jadi, perlukah saya ambil kesemua produk?
TERBAIK adalah ambil semua walau bagaimanapun kami faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau alfalfa+lecithin atau alfalfa+omega dulu ataupun gabungan HerbLax+lecithin/Omega+Alfalfa. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein.

Tips diet
(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..
(9)  Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..
Sila dapatkan jadual pengambilan dan konsultasi dengan pengedar anda untuk kesan yang lebih baik. Kami hanya akan memberikan konsultasi dan jadual pengambilan KHAS untuk pelanggan kami sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Ahad, 23 September 2012

Kesihatan Sendi ~ Advanced Joint Health Tablet

Ketidakselesaan Sendi…Stop It Before It Stops You!

Sering mengalami sakit2 sendi..? atau menjalani kehidupan yang aktif dan sentiasa sibuk setiap hari. Jangan abaikan kesihatan tulang anda sehingga ia benar2 menganggu pergerakan harian anda. Hargai kesihatan sementara kita masih merasainya..dan atasinya sebelum terlambat.




Apakah Simptom-simptom Sendi yang tidak Sihat..?
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising

Adakah Anda Berisiko..?



Cara untuk Mengatasi Sakit Sendi

Adakah ini pilihan anda untuk melegakan sakit sendi..?

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif dan menjalankan rutin harian dengan selesa. Kini dengan Advanced Joint Health Tablet anda mampu mengekalkan sendi-sendi yang kuat , fleksible dan mudah bergerak.

Produk terbaru dari Shaklee ini mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting yang lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Produk ini diformulasikan 100% dari sayur-sayuran semulajadi dan insyaallah..selamat  ^____^

Rangkaian Produk ini adalah untuk memelihara sendi yang kuat, fleksible dan bebas bergerak.



Bekalkan Nutrien yang diperlukan untuk Mengekalkan Kesihatan Sendi Anda...


Joint Health Tablet…Pendekatan Secara Semulajadi untuk Kekal Aktif

Langkah 1 ~ Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat. Ia mengandungi Ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda.


     Ramuan diuji Secara Klinikal

     Langkah 2 ~ Mengurangkan inflamasi
     Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 
      
      Omega-3 ~
      Melambatkan degradasi tulang rawan
      Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
      Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

Adakah anda membeli Omega 3 atau Lemak Ikan?


   Jangan Membeli Minyak Ikan Yang Tercemar

    Minyak ikan kami melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi:
  •       Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran.
  •       Mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans
  •       Mengurangkan bau dan rasa ikan.

      Langkah 3 ~ Mengekalkan Sel Tulang yang sihat


“    Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi… Kebanyakan orang, mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium."
    (Burton Goldberg Group, Alternative Medicine: The Definitive Guide, Future Medicine Publishing, Inc. WA, p. 533)
       
                                                   Bukan Sekadar Kalsium!
          Kalsium
             1,000mg
     Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
        Magnesium
             400mg
     Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
        Vitamin D
             400IU
     Merangsangkan penyerapan kalsium
          Boron
     Bantu dalam metabolisma tulang
    Mangan, tembaga & zink
     Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang


     Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

        Mengapa Memilih Shaklee Ostematrix??  
    Penyerapan dibukti secara klinikal dan bioavailabiliti
    Kajian menunjukkan Kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil.







n