Beza Antara Ubat dan Supplemen
Supplemen sama sekali bukan ubat...ia merupakan pelengkap kepada keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Benar...kita boleh mendapatkan zat yang diperlukan dengan pengambilan pemakan seharian kita. Namun adakah kandungan zat itu sampai dgn selamat. Kebanyakan zat & mineral yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan serta makanan lain musnah semasa proses penyediaan.
Saya petik dari website BabyFit untuk
menunjukkan perbezaannya:
·
Check with your doctor and
your baby’s pediatrician before taking any medications.
·
Do not take recreational drugs.
·
Take a vitamin-mineral supplement especially formulated forpregnant and breastfeeding mothers.
Perhatikan perbezaan antara 3 jenis
benda tu. MEDICATION (ubat) – check dengan doktor. DRUGS (dadah
@ ubat penenang, etc) – Jangan ambil.SUPPLEMENT (vitamin/mineral) – Ambil.
Apakah yang membezakan antara mereka ni?
Yang paling jelas ialah, supplement
ialah KEPERLUAN BADAN
kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan
berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia
digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna
kata, kalau tak sakit, kita tak ambil ubat. Kalau tak sakit tapi gatal nak
ambil ubat, boleh jadi berpenyakit pula.
Berbeza dengan suplement (vitamin)
kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa
keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling
takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.
Boleh baca di sini http://vitaminsemulajadi.com/beza-antara-industri-medikal-dengan-industri-nutritional
Adakah supplement boleh memberi kesan
kepada kesihatan? YA, sekiranya supplement yang anda ambik tu dari jenis
SINTETIK. Ataupun ada je yang claim SUPPLEMENT tapi sebenarnya ditambah DADAH
dan HORMON PERANGSANG seperti steroid dan sebagainya. Benda-benda ni akan mendatangkan kesan jangka
panjang.
Jadi, pilihlah supplement yang dibuat
dari bahan semulajadi dan proses semulajadi juga. Ada juga suplemen yang dibuat
dari bahan semulajadi tapi menjalani proses kimia.
Perlukah supplement?
Tepuk dada tanyalah apa yang kita makan.
Piramid terbalik? Fast food?
Membetulkan piramid makanan itu sangat
bagus, dan lebih bagus lagi dengan penambahbaikan dengan supplement. Sebab yang
merosakkan badan kita bukan makanan saja.. persekitaran misalnya pencemaran
udara, gaya hidup yang stress dan sebagainya.
Cuba kira dalam sehari berapa kali kita
tak terdedah kepada asap rokok? Walaupun kita tak merokok tapi perokok sekunder
pun sama je kesannya macam perokok. Kalau takpun, asap kenderaan, radiasi dan
sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.