mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Rabu, 25 Julai 2012

Ubat Vs Supplemen

       Beza Antara Ubat dan Supplemen


   

       Supplemen sama sekali bukan ubat...ia merupakan pelengkap kepada keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Benar...kita boleh mendapatkan zat yang diperlukan dengan pengambilan pemakan seharian kita. Namun adakah kandungan zat itu sampai dgn selamat. Kebanyakan zat & mineral yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan serta makanan lain musnah semasa proses penyediaan.

Saya petik dari website BabyFit untuk menunjukkan perbezaannya:
·                                 Check with your doctor and your baby’s pediatrician before taking any medications.
·                                 Do not take recreational drugs.
·                                 Take a vitamin-mineral supplement especially formulated forpregnant and breastfeeding mothers.
Perhatikan perbezaan antara 3 jenis benda tu. MEDICATION (ubat) – check dengan doktorDRUGS (dadah @ ubat penenang, etc) – Jangan ambil.SUPPLEMENT (vitamin/mineral) – Ambil.

Apakah yang membezakan antara mereka ni? Yang paling jelas ialah, supplement ialah KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata, kalau tak sakit, kita tak ambil ubat. Kalau tak sakit tapi gatal nak ambil ubat, boleh jadi berpenyakit pula.

Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.


Adakah supplement boleh memberi kesan kepada kesihatan? YA, sekiranya supplement yang anda ambik tu dari jenis SINTETIK. Ataupun ada je yang claim SUPPLEMENT tapi sebenarnya ditambah DADAH dan HORMON PERANGSANG seperti steroid dan sebagainya. Benda-benda ni akan mendatangkan kesan jangka panjang.

Jadi, pilihlah supplement yang dibuat dari bahan semulajadi dan proses semulajadi juga. Ada juga suplemen yang dibuat dari bahan semulajadi tapi menjalani proses kimia.

Perlukah supplement?

Tepuk dada tanyalah apa yang kita makan. Piramid terbalik? Fast food?

Membetulkan piramid makanan itu sangat bagus, dan lebih bagus lagi dengan penambahbaikan dengan supplement. Sebab yang merosakkan badan kita bukan makanan saja.. persekitaran misalnya pencemaran udara, gaya hidup yang stress dan sebagainya.

Cuba kira dalam sehari berapa kali kita tak terdedah kepada asap rokok? Walaupun kita tak merokok tapi perokok sekunder pun sama je kesannya macam perokok. Kalau takpun, asap kenderaan, radiasi dan sebagainya.
 credit 

Isnin, 23 Julai 2012

Vitamin Sintetik Vs Vitamin Semulajadi


Adakah Shaklee selamat diambil dan tanpa kesan sampingan..???

         jawapan saya sangat mudah..Ya Shaklee adalah Vitamin Semulajadi dan ia selamat diambil dan tiada kesan sampingan..mengapa saya katakan begitu..
Terdapat 5 Perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi..
v  Cara Penghasilan

Vitamin Semulajadi :  dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin Sintetik : dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

v  Keserasian dengan badan

Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin Sintetik : walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

v  Perbandingan Harga

Vitamin Semulajadi : tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin Sintetik : biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

v  Kesan kepada tubuh badan

Vitamin Semulajadi : mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin Sintetik : oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

v  Kesan jangka masa panjang

Vitamin Semulajadi : tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin Sintetik : mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Contact me: Eyla Hamzah
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 868889]
012-6715001|eyla7905@gmail.com

Supplemen Untuk Meningkatkan Kesuburan

    Shaklee juga menawarkan rangkaian suplemen bagi membantu meningkatkan kesuburan pasangan yg menginginkan kehadiran cahayamata setelah sekian lama berusaha. Di sini terdapat beberapa supplemen yang dapat membantu kesuburan seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil...insyaallah, berkat usaha dan doa impian anda akan tercapai. 
    Jom, kita tengok supplemen yg berkaitan & fungsi-fungsinya.... 


Suplemen B-Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.



Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Unutk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron.



     Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
     Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan  hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.


    Satu tablet Vita C komplex membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah utk bersenyawa dgn ovum.


      Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.



    Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt ditingkatkan. 
    Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.


     Omega Guard merupakan suplemen 'fish oil' yg mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3. Asid Lemak Omega 3 adalah penting utk penghasilan sperma yg berkualiti dimana pergerakan sperma menjadi lebih tangkas dan cekap. Asid lemak Omega 3 juga mampu meningkatkan peredaran darah pada alat kelamin suami seterusnya meningkatkan kesuburan.
credit

Cara pengambilan suplemen

Suami
B-Complex, Vita-Lea, Vita-C, Zinc, Vita-E dan Omega Guard - 1 biji sehari

Isteri
B-Complex, Vita-Lea, Vita-C, Zinc, Vita-E - 1 biji sehari
GLA Complex - 2 biji sehari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Promosi Terkini

Contact me ~ Eyla Hamzah
~Shaklee Independent Distributor~
ID No ~ 868889
SMS ~ 012-6715001
email ~ eyla7905@gmail.com

Breastfeeding Set


Set Penyusuan SHAKLEE...Yang Mana Satu Sesuai Untuk Saya??

Terdapat 3 pilihan set daripada SHAKLEE untuk BF Moms iaitu:
·         Set B
·         Set E
·         Set 3M



Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.



Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsiumdalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, 
set B + ESPjuga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~

Contact me:
Eyla Hamzah Shaklee Independent Distributor
[ID No : 868889]
SMS:012-6715001
Email eyla7905@gmail.com

Vitamin Untuk Seisi Keluarga


       Di sini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.


Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.


2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix


   Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk2 lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan2 penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan2 hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, yang di atas itu cuma cadangan saja, ye la takkan nak makan semua sekali kan.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.

  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan Produk & Promosi Terkini :
SMS : 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Shaklee Independent Distributor
(ID No : 868889)
Email : eyla7905@gmail.com

Sabtu, 21 Julai 2012

Tingkatkan Peluang Kehamilan


Dengan GLA Complex, mungkin dapat membantu pasangan yang ingin menimang cahayamata...InsyaAllah
Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari-cari tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari-cari tips cepat hamil dengan GLA Complex.
Sebelum tu..Jom baca testimoni dahulu..

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.
Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan-puan untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.

credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk pertanyaan & pesanan :
Contact me: Eyla Hamzah
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868889]
012-6715001|eyla7905@gmail.com

Family Wellness Set



Set Pilihan Terbaik untuk Seisi Keluarga..




   Family Wellness Set merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh tubuh...set ini juga sesuai untuk semua ahli keluarga (nama pun Family Wellness Set kan..) Jom kita tengok apa yang ada dalam set ini...


Manfaat Utama Vita Lea:


·         Penambahan tenaga segera- pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
·         Pelengkap nutrisi- Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran(vegetarian) dan anemia.
·         Keupayaan sistem produktif- Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
·         Metabolisme- sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
·         Elemen penting pada sel tubuh- Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
·         Melindungi organ- melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Manfaat utama B-Complex:
·        Menukar makanan kepada tenaga- bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.
·        Melawan tekanan- Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
·        Membantu tumbesaran- Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak @ tulang belakang.
·        Rambut beruban dan gugur- membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban, dan mengekalkan kesihatan rambut.
·        Baik untuk mata- Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
·        Mencegah anemia- Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
·        Meredakan senggugut- baik untuk masalah senggugut(PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit. 
·        Mencegah perlcche- dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
·        Detoksifikasi- Meredakan alahan.

Manfaat utama Sustained Release Vitamin C:

·         Membentuk kolagen- merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
·         Memperbaiki simptom pendarahan- kekurangan vitamin C ialah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
·         Peningkatan sistem imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
·         Memerangi kanser- Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T- cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
·         Mencantikkan kulit- Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen ialah penyebab utama kejadian jeragat.
·         Memperbaik insomnia- Ia memperbaik insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.
·         Mengekalkan kolesterol sihat- Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Energizing Soy Protein – Vanilla
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran, ESP sangat baik untuk memulihkan sel-sel yang rosak dan telah mati. Pengambilan berterusan akan menjadikan kulit anda lebih berseri dari dalam dan membantu memulihkan masalah2 kulit yang anda hadapi contohnyajerawat, jeragat, parut jerawat dan masalah-masalah kulit yang lain. 

Pengambilan ESP bersama2 supplemen yang lain akan membantu badan anda menyerap nutrien yang diambil dengan kadar yang optimum.. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kini, pilihan di tangan anda