Topik hari ini menjurus
kepada kecantikan..hakikatnya semua supplemen adalah untuk kecantikan, iaitu
cantik luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman adalah kesihatan yang kita rasai,
tidak mudah letih dan lesu, cergas dan bertenaga..mood juga sentiasa ceria, so
sbb itu la akan terpancar seri di wajah yang menampakkan kecantikan luaran.
Segalanya berkaitan dengan apa yang kita amalkan dan kita makan.
Wokey..ramai yang
dah tahu vitamin-vitamin yang dikaitkan dengan kecantikan kulit iaitu vitamin
anti oksida di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan
kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan
kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.
Jom kita tengok secara umumnya fungsi vitamin-vitamin ini terhadap kecantikan kulit. (hakikatnya fungsi vitamin-vitamin ini utk kesihatan lain ada banyak yer..) tapi kali ni, focus on skin care.
Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit.
Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan
lapisan luar kulit.
Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung,
kolagen dan pemeliharaannya.
Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu dan mengurangkan kesan
parut.
Untuk kesihatan
kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu
fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.
Oleh itu,
pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E,
mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan
sel-sel kulit akibat radikal.
American Academy
of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan
Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan
Vitamin E dalam kecantikan kulit:
- Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
- Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
- Menjaga kelembapan kulit
- Menghapuskan radikal bebas yang
merosakkan sel
Peranan
Vitamin C dalam kecantikan kulit:
- Sebagai antioksidan kuat yang
melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
- Merangsang pembentukan dan peningkatan
produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta
kehalusan kulit
- Mencerahkan kulit
Dapatkan
supplemen yang semulajadi dan sesuai dengan kulit anda untuk kelihatan lebih
awet muda dan jelita. Membekalkan nutrisi dalaman adalah antara kaedah paling
selamat efektif mudah dan murah.(berbanding laser dan suntikan)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Berminat untuk mencuba supplemen Shaklee?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.