mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Selasa, 30 Oktober 2012

Testimoni Pengidap Migrain

Migrain Berkurang, Perasan Kembali Muda 10 Tahun..

credit

Merawat Migrain..Apakah Penawar Selain Ubat..?


Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.


Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
§ Sakit kepala kerana tekanan
§ Sakit kepala kerana sinus
§ Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
§ Kekurangan zat dan nutrisi
§ Faktor keturunan
§ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
§ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
§ Terlalu banyak mengambil kafein
§ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?
Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti bolehmembantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain

Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

Akhir kata..bak kata mommylyna ni...~~~Dan timbangkan tentangmengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.~~kata2 ni memang saya setuju sangat2..
credit: Mamafaiz.com

Ahad, 28 Oktober 2012

Jangan Abaikan Keperluan Pancaindera ~ Mata Sihat


Caratomax Untuk Mata Sihat


Persatuan Jantung Amerika (American Cancer Society), Institut Penyelidikan Kanser Dunia, dan World Health Organization’s International Agency dan kebanyakkan pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan beta-karotena dan lain-lain antioksidan daripada makanan semulajadi dan bukannya tambahan (sintetik- boleh diproses dalam makmal) menawarkan manfaat kesihatan kepada manusia.

Hasil kajian para saintis yang menemui beta-carotene pada tahun 1932 mendapati, pengambilan beta-karotena lebih selamat daripada pengambilan Vitamin A. Pengambilan Vitamin A secara berlebihan boleh memudaratkan tubuh kerana akan meyebabkan toksik kepada tubuh.

KEBAIKAN BETA-CAROTENA

Beta-karotena merupakan karatonoid semulajadi yang diperolehi dalam pigmen oren-merah sayuran dan buah-buahan. Pada tahun 1932, selain beta-karotena, saintis turut menemui alfa-karotena, gamma-karotena, dan beta-cryptoxanthin dalam caratenoid semulajadi pada buah-buahan dan sayuran. Unsur-unsur karatenoid ini apabila dimakan akan ditukarkan kepada vitamin A oleh tubuh yang dapat memelihara penglihatan yang baik, paru-paru, kulit dan tulang yang sihat, mempertingkatkan sistem imun dan juga penting dalam pembentukan protein.

Buah-buahan dan sayuran yang mengandungi unsur karatenoid (pigmen oren-merah) adalah seperti seperti labu, keledek, bayam, collard, tembikai, aprikot, ceri, mangga, limau gedang (merah jambu), jambu, betik dll. Namun buah-buahan dan sayuran hari ini tidak mengandungi khasiat yang optimum seperti di zaman datuk dan moyang kita dahulu. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam kini menggunakan pestisid, dipetik separuh masak, proses memetik dan membungkus serta penyimpanan yang salah boleh mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayuran, cara masakan yang terlalu lama atau menggunakan haba yang tinggi akan menghilangkan separuh daripada khasiat yang terkandung pada sayuran dan buah-buahan.

Selain itu, beta-karotena juga mencegah sesetengah jenis kanser, penyakit jantung, katarak, dan umur degenerasi makula berkaitan (AMD), merawat AIDS, alkohol, penyakit Alzheimer, kemurungan, epilepsi, sakit kepala, pedih ulu hati, tekanan darah tinggi, kemandulan, penyakit Parkinson, artritis reumatoid, skizofrenia, dan gangguan kulit termasuk psoriasis dan vitiligo. Beta-karotena juga digunakan di kalangan wanita yang kekurangan zat makanan untuk mengurangkan peluang kematian dan buta malam semasa mengandung, serta cirit-birit dan demam selepas melahirkan anak, menghalang selaran matahari, mengurangkan penyakit yang diwarisi yang dipanggil erithropoietik protoporphiria (EPP).

KEISTIMEWAAN CAROTOMAX SHAKLEE

Carotomax yang dirumus khas oleh Shaklee merupakan gabungan enam karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena, zeaxanthin yang melengkapkan faedah karetenoid untuk keperluan manusia.

Carotomax yang sangat istimewa ini diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang turut berperanan sebagai antioksidan iaitu rumpai laut, Tomato bukan GMO, Biji anggur, Pot /marigold, Epal, Strawberi, Minyak Sawit, Fava D'anta, Brokoli, Cantaloupe, dan Carrot. Caratomax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karatenoid penting untuk keperluan tubuh terutama mata.

Istimewanya, buah-buahan dan sayuran yang digunakan ditanam secara organik dari pemilihan biji benih hingga penuaian dan pemprosesan yang amat dijaga untuk memastikan khasiat buah-buahan dan sayuran tidak terjejas dan kekal semulajadi (tidak ditambah perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan)

MANFAAT CAROTOMAX SHAKLEE
>  Lebih Selamat Dari Vitamin A
    Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan  beta-karotena yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada kesihatan manusia.


>  Mempertingkatkan Penglihatan
    Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus dalam persekitaran yang gelap. Carotomax membantu menyelesaikan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak(selaput mata), eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.

    
>  Meredakan Penyakit Kulit
    Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan pada kulit), dan ulser kulit.


>  Melindungi Epithelial
    Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.


>  Melawan Kanser dan Oksidasi
   Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.


>  Menghalang Infeksi
   Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.


>  Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
   Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat. Carotomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.


KELEBIHAN CAROTOMAX - SUMBER KAROTENA YANG LENGKAP
Mengandungi fitokimia karotena semulajadi yang lengkap untuk keperluan mata, kulit, membran mukosa yang sihat dan untuk lain-lain keperluan tubuh.

**Alpha-Carotene  -  Untuk penglihatan malam, kesihatan mata, menghalang degenerasi penglihatan.

**Beta-Carotene   -  Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

**Lycopene         -  Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ, untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun, mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

**Astaxanthin      -  Shaklee menuai karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut (sumber protein yang tulen). Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

**Lutein             -   Menyekat katarak (selaput mata), AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

**Zeaxanthin      -   Melindungi mata, Menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Set Berpantang Pilihan Terbaik..

Kini ramai ibu-ibu yang mula mengambil berat tentang kesihatan selepas bersalin bukan saja untuk diri sendiri malah kesejahteraan si bayi iaitu dengan menyusukannya dengan susu ibu. Kebanyakan ibu ‘takut’ nak ambil jamu atau maajun yang dianggap ‘panas’ kerana risaukan kesannya terhadap bayi, ataupun penyusuan susu ibu itu sendiri. Malah, berpantang dengan mengurangkan air (cuma minum segelas sehari sahaja) sudah mula ‘dilanggar’ oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana penyusuan dan pemulihan selepas bersalin memerlukan air yang cukup.

Suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu yang baru bersalin ini bukan saja baik untuk ibu dari segi pemulihan tubuh dan emosi tapi juga dari segi penyusuan sendiri.


Set Bersalin ini terdiri dari:

VITALEA
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumla ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah.

B COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.

VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.

ZINC
Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.
Ibu yang memilih untuk berpantang dengan set bersalin Shaklee boleh juga mengambil suplemen2 lain.
credit: Vitamin Semulajadi



Jumaat, 19 Oktober 2012

ESP dan Set Kehamilan


Adakah anda sedang hamil dan bakal menyusu bayi anda secara ekslusif dengan susu terbaik iaitu susu ibu...? Jika ya..buatlah persediaan dengan mengambil makanan tambahan atau supplemen yang terbaik untuk memastikn keperluan zat, vitamin dan mineral mencukupi utk tubuh badan sendiri dan bayi anda juga. Bayi yg menyusu akan mendapat zat daripada apa yg kita makan...so, pastikan sumber makanan yg terbaik dan memenuhi keperluan nutrisi utk perkembangan bayi yg sihat.
Di Shaklee kami menawarkan set kehamilan dan juga set penyusuan. Vitamin yg terdapat dalam set ini juga sesuai diambil oleh sesiapa sahaja sepanjang masa untuk mengekalkan kasihatan menyeluruh.

ESP sumber protein yang sangat diperlukan oleh tubuh.
ESP bukan sahaja boleh diambil oleh ibu menyusu ataupun untuk kesihatan kulit tetapi sebenarnya boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Ini kerana Protein adalah struktur asas manusia, jadi sangat penting untuk mendapatkan sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita.
Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti :
·         Membina sel-sel baru,
·         Menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau tua dengan tisu-tisu yang baru,
·         Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru.

    * APA yg BEST tentang ESP ?
·         merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
·         Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
·         Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
·         Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
·         Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
·         Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
·         Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
·         Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

 
      Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
   
      ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

Kesimpulannya : ESP soya protin terbaik dgn membekalkan 9 asid amino penting utk pertumbuhan sel, ia membantu penyerapan lebih baik semua supplemen, memberi kesan yg optimum dan cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Selain ESP, mereka yang hamil juga digalakkan mengambil vitamin penting dalam Set kehamilan Shaklee yang mengandungi:
Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

OmegaGuard : membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.

Ahad, 14 Oktober 2012

Kenapa perlu mengambiL Vitamin?

Kesan Kekurangan Vitamin
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin
Jenis vitamin
Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B(B1, B2, B3, B5, B6, B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Sumber:Wikipedia

Apa lagi Fungsi dan Kepentingan vitamin E?
·         antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
·         Memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
·         Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
·         Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan.
·         Mengurangkan tekanan darah.
·         Membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
·         Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
·         Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
·         Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia.
·         Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
·         Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer.
·         vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Kenapa Vitamin E Shaklee?



Semestinya Shaklee mengeluarkan Vitamin E juga. Apa yang istimewanya?
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E Shaklee 1 softgel mengandungi;
* 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
* 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium.Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.