Kini semakin banyak produk/supplemen untuk kecantikan dan
kesihatan di pasaran yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tidak
terkecuali supplemen untuk penghasilan susuibu, dek kerana kesibukan ibu-ibu
yang bekerja timbul pelbagai masalah susu kurang dan badan ibu juga turut
keletihan. ..apatah lagi dizaman moden kini yang mana kita tak dapat memenuhi
keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian...
Namun begitu Shaklee
bukanlah satu jenama yang baru kerana ia telah berada di pasaran sejak tahun
1956 lagi.
Terdapat pelbagai Set Penyusuan Shaklee yang dicadangkan
seperti berikut:
1) Set B ~ VitaLea, Bcomplex, VitC & Alfalfa
2) Set E ~ Set B + Ostematrix
3) Set 3M ~ Set B + Ostematrix + ESP
Apa Perbezaan Mengambil Set Penyusuan Lengkap (3M) dengan Set B dan Set E?
Ada beza ker amik full set dengan half set ni..
Jom semak perbezaan di antara cadangan set-set ini?
saya tak nafikan..terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA dan
ESP Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA dan ESP sahaja
dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah hanya mengambil Alfalfa/ESP
sahaja dan apakah kesannya dengan mereka yang mengambil vit2 asas yg disyorkan
iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?..... Cuba lihat 2 kes ini
~~~kes 1 (hanya mengambil alfalfa/ESP)~~~
Jika hanya bergantung dengan alfalfa/ESP sahaja masih boleh
menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA/ESP itu sendiri iaitu
sebagai agen yang membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat. Sebab itu
mereka yang mengambil 2 biji alfalFa pasti akan merasakan perbezaan ketara
apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan
pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. atau jika mereka
mengambil kombinasi ESP dan alfalfa.
Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila
pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam
sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan
mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja (tidak mampu
bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan
keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang
membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin
tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat
perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct
mudah berlaku.
~~~KES 2 (ibu mengambil vitamin Set lengkap)~~~
Sudah pasti ini dpt memenuhi keperluan tubuh badan ibu
seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada
dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta
itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak
sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar,
tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang
sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya
sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan
yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik (berkualiti)
dan mencukupi mengikut keperluan bayi anda.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila hubungi saya jika berminat
untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.
♥ Boleh juga PM | SMS / WhatsApp 012-6715001 |
♥ Your Shaklee Independent Distributor.
Eyla Hamzah
ShakLee ID: 868889
COD area Saujana Utama,
Puncak Alam dan Meru shj