mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Memaparkan catatan dengan label MyLife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MyLife. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Ada Apa dalam Handbag...??

Teks: MamaQaira
Kadang-kadang melihat handbag pelbagai gaya dan rupa, pelbagai saiz dan bentuk...dengan harga dan kualiti tersendiri..sampai ribu -riban!!!perghhh...tak terpikir pun nak memiliki handbag dengan rege ribu riban gitew..kalau pun ku mampu..macam membazir jer pulak. rasa macam tak berbaloii..hihi 
Itu pendapat orang yang tak mementingkan gaya macam saya ni lah..haha..sebab pilihan handbag itu sendiri serba sedikit melambangkan gaya si pemakai...ececehhh..macam rancangan Nona la pulak...ahaaksss

Beg mahal-mahal ade ape kat dalam..?

Tak tahulah apa yang ada dalam beg yang berharga ribu-riban tu..tapi bagi si pemakai yang kurang bergaya macam saya nih cukup berpuas hati kalau handbag tu boleh sumbat serba barang sampai ke lampin, botol susu dan pampers. bila keluar bawa baby saya tak suka pegang banyak barang...cukup satu handbag jer, sebab tu keperluan baby pun saya suka sumbat dalam handbag tu jugak..ahakkss

Apa yang selalu ada dalam handbag saya...

Kalau pergi kerja..handbang saya mesti ada barang-barang keperluan di sekolah. Biasalah cikgu la katakan...pen merah pen hitam wajib ada dan pencilbox yang mesti ada macam-macam alatulis. Selain daripada tu tak kurang pentingnya jugak saya mesti bawa notebook kecik tu, macam-macam note ade, pendrive dan marker whiteboard. Barang untuk mekup pulak bedak compact & lip ice jer...tak suka pakai lipstik. Pastu ade kunci almari kat bilik guru, purse tu wajiblah...walau pun kekadang tertinggal jugak. Jangan terkejut botol air 1.5L tu pun saya sumbat sekali dalam handbag tau..hehe...dah macam poket Doreamon. 




Vitamin Asas 'on the go'...

Last but not least...saya mesti bawak pillbox tu, vitamin asas yang saya ambil setiap hari VitC, Vita-Lea dan Bcomp, selepas lunch saya mesti ambil 3 jenis Vitamin ni...alhamdulillah badan terasa cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Walaupun sibuk bekerja...keperluan nutrisi untuk kesihatan menyeluruh tidak harus diabaikan. Pengambilan supplemen penting untuk mengekalkan kesihatan dalaman secara menyeluruh. Saya memilih rangkaian pemakanan tambahan daripada Shaklee kerana ianya 100% dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi pengawet serta pewarna tiruan.

Vitamin Semulajadi
Vitamin Asas untuk Kesihatan Menyeluruh
Penting bagi saya untuk mengutamakan juga pengambilan supplemen kerana kekangan untuk mendapatkan diet seimbang setiap hari. 

Rutin Hujung Minggu...

Teks: MamaQaira
Alhamdulillah...hari ni cuti setelah terpaksa bekerja pada hari Sabtu dan Ahad semalam. Terasa serba tak kena bila 2 hari tu tak dapat buat aktiviti kegemaran saya setiap kali hujung minggu kebiasaanya. Tapi apa nak buat...dah tugas hakiki ada tanggungjawab yang lebih penting perlu dilaksanakan, terpaksalah jugak saya korbankan rutin hujung minggu saya tuu..

Ros Jepun Kesayanganku..

   Pagi-pagi sebelum buat kerja lain, saya mesti jenguk bunga Ros Jepun saya tu dulu...bukan apa, setiap hari saya tak sabar nak tengok bunganya kembang, warna-warni...memang cantik dan rasa puas bila dapat pandang dekat-dekat. Lagipun bunga Ros Jepun ni kembang sehari jer, pastu malam dia akan kuncup then pagi esok kembang semula..paling lama 2-3 hari jer lepas tu bunga tdi akan kecut dan gugur..huhuhu...tapi pokoknya senang hidup dan senang nak tanam. Jika nak biakkan pokok Ros Jepun tu...just patahkan batang then cucuk dalam pasu baru, siram & bubuh baja sket.

Bilik Mesin & Rak Buku...

   Selepas abis belek-belek pokok bunga saya pasti akan ke ruangan atas ada satu bilik yang saya namakan sebagai Bilik Mesin...hihi..sebab kat bilik tu kami letakkan macam-macam barang almari, rak buku, mesin basuh, mesin laminated, printer, komputer dan mesin jahit kecik...rak buku tu pulak saya letak macam-macam jenis buku, dari majalah sehinggalah buku sekolah, universiti, dairy dan album-album gambar. Anak-anak saya pulak suka mengubah suai susunan buku-buku kat auat rak tu...dan itulah salah satu rutin saya mesti buat setiap kali hujung minggu, mengemas dan menyusun semula buku-buku kat atas rak tu. Sambil-sambil mengemas belek sket-sket buku dan majalah tu...surat2 cinta yang dolu-dolu masih terselit dalam diary..hihi..sesekali mengimbau kenangan perchentaan ketika muda mudi...

Jom..Shopping!!

  Oppsss..jangan lama-lama sangat mengimbau tuu..lepas kemas-kemas rak buku tu nak kene siapkan anak-anak, breakfast pastu keluarrr...nak pegi mana tuu...mana lagii pegi shopping barang-barang dapur jer. Memang wekend merupakan aktiviti wajib bagi kami untuk bershopping beli keperluan dapur stok barang kering dan basah. Dulu suka pegi Tesco...skrang lebih suka Econsave pulak. Dekat ngan rumah jer,.tak sampai 10 minit perjalanan. Hari minggu hari untuk masak yang lebih serius sket..hihi...biasa-biasa hari kerja masak simple-simple jer...
   Oklah..stop dulu...my little boy dah bangun tuu :)

Tempat Makan 'Favourite' ?

Teks: MamaQaira
Assalamualaikum...saje nak bersembang pasal makan. Memang semua orang suka makan-makan, ada orang suka jalan-jalan cari makan...ada juga yang malas nak cari makan, apatah lagi yang malas nak buat makanan...tidak kurang juga yang tak reti cari makan...haha dah lain maksudnya tuh...
Apapun cerita pasal makan, ada satu falsafah "Makan untuk Hidup, Bukan Hidup untuk Makan". Jadinya makan itu biarlah sekadar sahaja untuk mengalas perut, bukan melantak yer..hihi..
   Banyak penyakit berpunca dari apa yang kita makan, jadi makanan yang masuk dalam perut kita mempengaruhi kesihatan kita tau...so, makan biarlah berpada-pada...pilihlah menu yang sihat dan bukan semata-mata yang sedap. Jika kita sedar kesedapan makanan yang kita makan tu hanya dari lidah hingga ke halkum jer...then lepas tu bila dah telan, habislah segala sedap dan lemak berkrimnya. Tapi kesan kesedapan tadi, silap pilih akan merana diri sendiri sepanjang hayat...huuu..nauzubillah
   Makanya bila ditanya pasal tampat makan feberet saya...sejujurnya sehingga hari ini tak pernah ade port yang betul-betul melekat di hati, hanya sekadar singgah dan makan. Lagi pun bukan selalu saya makan di luar. Mungkin banyak tempat yang best dan menarik dengan makanan yang pelbagai citarasa...namun saya lebih suka makan di rumah sahaja, masak sendiri walaupun bukan master chef..masak sempoi2 jer yang penting kene dengan taste saya yang ala-ala kampung gitew...lebih jimat dan InshaAllah kebersihan terjamin.

 



Rabu, 1 Oktober 2014

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum...


Bangun pagi ni macam-macam nak kene buat, sume dah ter'list' dalam kotak fikiran...mudah-mudahan dapat laksanakan apa jua perancangan hari ni. Dalam melayan kesibukan tugas harian, tak mungkin kita boleh ketepikan kepada Sang Pencipta. Walau sesibuk mana pun kita, adalah jalan terbaik meluangkan sedikit masa untuk mengadap kiblat dalam dhuha, sentiasa basahkan bibir dengan selawat & zikir...jadikan amalan, peneman di kala melakukan setiap kerja.

Bayangkan betapa besarnya nikmat yang telah kita kecapi dengan kesihatan yang masih kita rasai dan udara yang kita sedut, alam yang masih terbentang untuk kita bertebaran. Jangan sekadar mengejar harta duniawi..rezeki itu lebih sukar dicari tapi senang dijemput.

Buat banyak-banyak yang ALLAH suka, insya ALLAH apa yang kita minta akan dapat. Buat sunat Dhuha, baca surah Waqiah setiap hari dan selalu istighfar dan selawat.

Saya berlalu seketika...jumpa lain di entry yang akan datang..sekian
wasallam.

Ahad, 21 September 2014

TeKad itu...Biarlah Rahsiaku

Teks: MamaQaira

Alhamdulillah...dapat bangun bertahajud kepadaNya pagi ni, syukur atas segala nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Buka mata jer masih dapat melihat anak-anak dan suami yang nyenyak dalam lena. Puas dapat melihat wajah-wajah yang tenang masih berada disampingku, wajah-wajah kesayanganku..penghibur hatiku setiap masa.

Pagi ni jua terdetik satu tekad, satu azam...mungkin masih belum terlewat bagiku. Hanya setelah membaca secebis ayat dari seorang insan yang benar-benar hebat di mataku, dan insan ini memang hebat kerana ramai sangat idolanya. Aku kagum dengan semangatnya, kejayaannya, keikhlasannya, sangat hebat tapi masih begitu humble, sangat teruja dengan setiap kata-katanya...terima kasih kepada insan ini yang benar-benar telah membuatkan aku tersedar.

Apapun azamku..?tekadku..?siapakah dia...?biarlah rahsia..hahaha
yang penting apakah aku dapat laksanakan TEKAD ku itu, berapa lama aku mampu laksankannya...hanya waktu yang akan menjawab.

IN PROGRESS...!!

Selasa, 24 Jun 2014

Fifa World Cup Punya Pasal

Teks: mamaQaira

Doh guano pulok tajuk World Cup nih..??saya tak minat satu ape pun..hihi..adelah citernya. Walaupun diriku ini bukanlah penggila bola, tapi terpaksa tahu jugak dengan sendirinya gara-gara En.suami. Bukan nak sangat amik tahu ponn..dah asik ngadap itu jer, bunyi sorakan, suara pengulas, bunyi yang macam hon2 tu..aduyaiii saya  yang sekadar duk lalu lalang depan tv nih pun jadi tahulah jugak pasal World Cup skrang nih!! Apapun perkembangan semasa kenela amik tahu jugak kannn...hihi


Brazil 2014


Owwhh ya, saya tahu..skrng mainnya kat Brazil…dah yang sebelum ni main kat Afrika duk asik nyanyi waka waka ay..ay.. tu kannn..itu jer lah yang ku tahu. Hahakss..Kalo tanya negara mana yang saya sokong, lantak ang lar!! Tapi saya bukanlah anti sangat dengan bola nih, cumanya yang tak best musim2 mcmni takder chan la saya nak layan slot drama :(. Dah abes bola kejap, kartun pulak..Pheanes and Ferbs (ntah betol ke mcmtu ejaan)…anak2 ku pulak ngerjakan tv sampai tetengah malam.

Anyway, walaupun ku tak layann...just nak share kalo ade pembaca di luar sana yang turut gila bola…ni dia jadual perlawanan, boleh bukak ke laman webnya terus klik Jadual Perlawanan Fifa
Tengok jangan tak tengok...!!

Begitulah kisahnya kalo musim bola dah tiba, dah nak kuar rumah gi keje pepagi tu sempat lagi hadap tv..tak bekpes pun tak pe dah…adoyaiii!!. Nasib baik ade ESP, sempatlah ku ‘Shake N Take’ bagi kat Encik Suamiku minum. Tak susah pun just masukkan 3-5 biji kurma, susu Dutch Lady perisa Strawberi n satu scoop ESP, Blend kesemuanya…taraaa…

sarapan ringkas berkhasiat
ESP yang telah diblend bersama kurma dan susu Dutch Lady

inilah hasilnya, boleh dijadikan sarapan yang ringkas dan berkhasiat sesuai untuk peminat bola yang xder masa nak bekpes tadi tuuu…katanya “abang minum ni boleh tahan sampai tengahari…tu pun rasa tak lapar sangat”. Dah memang la cik abang oiii…ade kurma n ESP tu yang buatkan perut tak rasa lapar dan bertenaga tu.

SEbut kurma teringat bulan pose kann..tak kurang jugak teringat pasal pokok kurma kat Kelantan yang berbuah lebat tu...dh tak lama lagi lebih kurang seminggu jer kita semua umat islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Haaa…rasa2 siapa yang nak terlepas sahur tu boleh get ready ESP n Kurma kat rumah. Cepat disediakan, rasanya yang lazat nyummy2...dan bertenaga sepanjang hari. Psssttt….jangan tak tahu ESP Soy Protein ni jugak mampu membuatkan kulit kita licin dan halus gebu. Haaa…taknak ke dah dekat2 nak raya pulak nanti, kulit licin comey lotte..hihi



 Berminat?..Jomm,,
 ***********************
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Khamis, 5 Jun 2014

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum…selamat pagi & salam sejahtera semua J


Pagi ni hujan yang lebat sangat kat Puncak Alam ni dan mungkin beberapa kawasan lain..syukur hujan rahmat. Dingin subuh yang masih terasa ditambah pula deruan titik-titik hujan yang membuai, terasa ingin ku rebahkan seketika badan di tilam empuk itu…anak-anak pula masih tidur, Encik somi pula dah keluar kerja...hmmm..banyak kerja kat rumah ni nak kene buat, tapi ape jer aku nak buattt…biarlah dulu kerja tu kalau dilayan sampai bila pun tak siap. Apa yang pasti sesekali layan blues best jugakkan, duduk di sofa sambil update blog diiringi alunan nasyid & zikir kegemaranku di MP3…owhhh damainyeee…syukur padaMu ya Allah dengan nikmat di pagi ini, mengizinkan aku untuk terus bernafas menyedut udara yang nyaman ini, syukur dengan apa yang kumiliki untuk seketika ini sebuah keluarga bahagia, kesihatan dan harta dunia yang dipinjamkan.   

#Tenang#Bahagia#Syukur