mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Memaparkan catatan dengan label vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin C. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Kenapa Vitamin E dan Vitamin C Perlu Diambil Bersama?

Teks: MamaQaira
Assalamualaikum….Selamat Malam  bagi yang masih celik macam burung hantu..:)

Anakku yang sorng ni pun masih belum “weak” lagi baterinya, esok dah la nak skolah..puas suruh tido ade jer kerja nak dibuat. Besok pagi nanti la kang susah nak bangun…tapi janjinya nak bangun sendiri tak payah kejut pun..mmm…wait n see jer lah pagi esok.

Kalau nak Kulit Cantik..Amalkan Vitamin E dan VitaminC
Sambil sambil tunggu mata nak pejam..Mama nak share satu article ni berkenaan Vitamin E dan Vitamin C. Ape cer E&C..? hihi…ku tahu kedua-dua vitamin ni terkenal untuk kecantikan n aweks mudo giteww…sememangnya saya pun nak kulit cantik, sihat dan aweks mudo lah jugak…semua wanita inginkan kecantikan, betol tak..? tipulah kalau cakap taknak…biar apapun tujuan masing-masing nak cantik, tapi biarlah yang dah kawin tu niat nak cantik untuk encik suami…cantik di luar sihat di dalam, rumah tangga aman dan damai…

Ohhh...Camtu Kisahnya...!
Berceloteh jangan sampai terlupa…tadi saya nak citer pasal vitamin E dan Vitamin C nih. Sebenarnya kedua-dua vitamin ini lebih baik kesannya jika diambil bersama, maksudnya jika kita mengambil Vitamin E, sebaiknya perlu juga mengambil vitamin C. Kedua-dua Vitamin ini menyokong di antara satu sama lain dalam fungsi antioksidan. Walaupun vitamin E mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai antioksidan, ia memerlukan pertumbuhan semula selepas ia "menyembuhkan" kerosakan  sel akibat radikal bebas sebelum ia boleh berfungsi dengan baik lagi. Vitamin C dalam sel-sel anda mengembalikan fungsi antioksidan vitamin E supaya ia boleh terus berjuang untuk mempertahankan kerosakan tisu.

Haaa…tu diaa..sebab tu siapa yang amalkan pengambilan Vitamin E dan C ni nampak lebih mudo dari usia sebenar-sebenarnya,  kerana vitamin E ni lah yang bekerja keras untuk mempertahankan sel dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas.

Oraitt..rasanya dah tercapai hajat nak share ilmu yang saya dapat tu, kadang-kadang kita kene rela berkorban beli lebih daripada satu jenis supplemen untuk mendapat kesan yang lebih baik atau optimum. Pelaburan untuk kesihatan…kalau dah yakin produk tu bagus, takyah la sayang duit sangat. Kesihatan lebih berharga dari wang ringgit.

Kalau nak tahu The Most Powerful Vitamin E and The Best Vitamin C ever…tengok dalam gambar kat bawah…kenal tak? Haa…tentulah Vitamin E Shaklee dan Sustained Release Vita-C Plus, semestinya pilihan saya :)

Vitamin E dan Vitamin C
Antioksidan E dan C
Jom...rasai sendiri kehebatan dua antioksidan ini, untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh serta kecantikan luaran. Pastinya dari sumber semulajadi, tanpa pewarna dan perasa tiruan.

Sumber


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Sabtu, 14 Jun 2014

Jangan Stress...Vitamin Anti Stress kan ade... :)

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum…selamat berhujung minggu semua..bagi cekgu cekgi bersedialah mental dan fizikal untuk memulakan semula rutin harian serta tugas mengajar lagi 2 hari ninkann..cuti sekolah dah nak berakhir dahhh…

Apa-apa pun tugas kita..terimalah dengan ikhlas dan sabar, dah itu juga pilihan sendiri dan itu jugaklah punca rezeki setiap bulan kannn…sebut pasal kerja ramai yang suka cuti betul tak? Mungkin kerja anda stress? Banyak handle dengan pelbagai kerenah manusia? Boss mintak macam2? Badan penat kene travel jauh-jauhl..Stress dengan persekitaran kerja, stress dengan rakan sekerja, balik rumah anak-anak  pulak buat hal..tapi kalo takde kerja stress jugak..ye dok?? Haaihh..sume nak stress!! tak maulah, nanti cepat tua, penyakit pun senang hinggap bila asik stress jer kejenye..

Penawar Stress...Vitamin Anti-Stress

OK..kalau tak nak stress, MamaQaira nak kongsikan tentang B Complex…haaa kalau stress ingat B complex, sure cool n relaks lepas amik B comp. Kalau uolls nak tahu B Complex ni sebenarnya mudah musnah dalam badan kalau kita stress dan mudah musnah jugak bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil, pengambilan pil perancang, merokok dan keletihan melampau. So, B-Complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan rutin seharian dengan senyuman dan mood lebih ceriaa..

Jangan Terlalu Berkira...Supplemen Pelaburan untuk Kesihatan

Akhir kata…. sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai di luar sana yang sayangkan anda. Maka jaganlah terlalu berkira untuk reward diri sendiri dengan memilih supplemen yang terbaik dan berkualiti. Saya yakin kita semua perlukan B Complex…dan B Complex pilihan saya tentulah B Complex Shaklee..

Ehh Vitamin C pulak...!!
Selain pengambilan B Complex…Vitamin C merupakan antioksidan yang tinggi dan dapat meneutralkan radikal bebas yang memusnahkan sel. Ini kerana stress atau tekanan dan keletihan menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Ia juga amat2 penting untuk kesejahteraan tubuh manusia. Vitamin paling popular ini amat terkenal kerana fungsinya yang pelbagai kepada tubuh manusia. Selain untuk meningkatkan system pertahanan badan, Vitamin C sering diamalkan oleh wanita untuk fungsi kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C bertindak untuk menggalakkan penghasilan kolagen yang penting menjadikan kulit lebih anjal dan cerah.

Vitamin C dan B complex


Jadi, untuk anda di luar sana yang ingin kelihatan cantik di dalam dan juga di luar serta perasaan yang "cool"…meh la amalkan dua vitamin penting ini..B Complex n Vita-C Plus yang ohsem!!

Sangat berkesan dan menjimatkan..harganya berbaloi-baloi!!
Vita-C Plus: Sebotol (180biji)> untuk 6 bulan> RM92.50
B Complex: Sebotol (129biji)> untuk 4 bulan> RM53.00




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: MamaQaira 
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Khamis, 12 Jun 2014

Segelas ESP dan Sebiji Vita-C Plus Setiap Pagi...

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum....selamat pagii :)

Senyum setiap pagi...untuk menjana aura positif, senyum juga adalah sedekah yang paling senang tapi tak semua orang boleh buat...senyum juga menjadikan wajah awet mudaa...haa betol tak?? Selain daripada tu...pengambilan supplemen juga dapat membantu meremajakan kulit...remaja tuuu..euwww..

Jadi pepagi nih nak share rutin harian saya breakfast yang sempoi tapi berkhasiat dan cukup memberi tenaga dan menjadikan kulit halus cantiik. Memang tak letih sepanjang hari kalo saya amik menu macamni...berbanding kalo saya tak amik...kulit pun terasa halusss...terasa perbezaannya..nak tahu betol ke tak..so, kene sendiri cuba la yer..hihi

Taraaa...nyummyy!!

ESP soy protein
ESP Sebagai Sarapan Berkhasiat
Jom..tengok resepi breakfast rahsia bertenaga sepanjang hari di pejabat :)
Apa yang ada dalam segelas ESP tu yer...cuma masukkan 1 sudu ESP dan 3-5 biji kurma, tambahkan susu UHT Dutch Lady perisa strawberi dan blend. Kalo yang shake n take tu lagi senang kan...boleh minum kat opis jer kalo tak sempat. Dah siap!..boleh terus minum atau makan bersama oat, kalo ade madu leh tambah sesudu...mabelesss!

Set Kecantikan Bajet Minimun


ESP adalah protein soya yang ‘concentrate’…ia membantu dalam penghasilan sel-baru bangi menggantikan sel lama yang telah rosak/mati. Apabila sel diperbaharui, maka ia amat membantu dalam penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih berkesan. Jadi senanglah kita dapat hasil daripada pengambilan vitamin/supplemen lain.

Haa..lepas dah breakfast tadi, amik pulak sebijik Vitamin C...its enough!

Vitamin C dari segi kecantikan kulit ia membantu merangsang pembentukan kolagen menjadikan wajah lebih anjal. Manakala untuk kesihatan ia meningkatkan system pertahanan badan, memulihkan luka dengan cepat, mencegah gusi berdarah, melawan sel kanser, mengurangkan kolestrol serta membaikai insomnia dan stress.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: www.facebook.com/messages/MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Ahad, 29 Disember 2013

~✿✿~Perbezaan Sustain Released Vita-C Shaklee~✿✿~

VITAMIN C SHAKLEE ~ 100% SEMULAJADI


Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna mahupun pengawet tambahan. Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita

Jika banyak terdapat pilihan Vitamin C di pasaran, pastikan ia mempunyai BIOFLAVONOIDS krn ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.
...dan jangan ingat SR Vita-C ni mahal yer..

>> Sebotol (180 biji) - untuk 6bulan - RM70++ sahaja
Murah & tersangat murah kannn..?

Berminat?

PM: MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Rabu, 13 Mac 2013

Penawar Terbaik untuk Demam & Selesama

Cuba alternatif yang lebih baik untuk tidak mengambil ubat yang mengandungi dadah...untuk tidak terpaksa menanggung kesan jangka masa panjang kerana terlalu bergantung dengan ubat.


Demam dan selesama adalah penyakit yang dianggap paling biasa, pernah dihadapi oleh sesiapa pun. Walaupun ia bukanlah penyakit kronik, namun ia menjejaskan mood dan emosi, sekali gus menganggu rutin harian kita. Apa yang lebih memudharatkan adalah kesan daripada pengambilan panadol atau painkiller yang selalu kita ambil setiap kali demam, sakit kepala dan selesama melanda.

Silakan mengikuti kisah ini yang berkaitan dengan pengambilan Paracetamol/PanadoL


Jika kita ingin mengelakkan kesan sampingan itu..ada caranya yang lebih selamat, iaitu dengan pengambilan supplemen. Di sini saya kongsikan kembali pengalaman dari seorang ibu yang mengambil nutriferon dan vit C sebagai rawatan alternative.








** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 



Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / Call 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     FB Page : mamaqaira choice
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.

Rabu, 13 Februari 2013

Kehebatan Chewable Vita-C Plus Setara Sustained Release Vita-C



Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Kini nama baru Chewable Vita C adalah Chewable Vita C Plus.

Menariknya, manfaat vitamin c dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil.


Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama dan fungsi yg masih sama...cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat).

Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg manakala Sustained Release Vita-C Plus mempunyai 500mg

cara pengambilan:
Kanak-kanak~ 1 biji sehari (100mg)
Dewasa~ 5biji sehari (500mg)


Manfaat Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee setara dengan SR Vita C Shaklee

- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda

Keistimewaan Chewable Vita C
Rasa Chewable Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)

Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga

Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
~Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. 
~Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
~Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
~Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam badan kita
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis/luka
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

 Ingin mendapatkan supplemen Shaklee?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Jumaat, 30 November 2012

Sangat Penting Vitamin2 ini diambil oleh Perokok...

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.


                       Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?

Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.


                       Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?

Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?

Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?

Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.
Suami anda merokok? Bertindak sekarang! Alhamdulillah suami saya bukan perokok. Tapi kalau suami saya perokok, pasti saya sangat2 bimbang. Nk mintak suami berhenti ‘susah’. Jadi kita kena bantu suami kita..dgn cara mendapatkan balik nutrisi-nutrisi yg telah hilang kesan dari merokok. InshaAllah 

So sebagai isteri yang asyik consume supplement itu ini ni, kena lah jaga kesihatan suami juga kan? Jangan asyik nak menyusukan anak, slim, cantik, kesihatan suami kita tak jaga. Almaklumlah, suami-suami ni part macam ni dorang malas sikit. So saya akan hidangkan supplement-supplement yang en suami perlu makan kat piring. Siap air lagi. Siap hidang lagi “makan vitamin ye daddy” :p Buat muka manja-manja sikit confirm dorang nak makan vitamin-vitamin ni.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Rabu, 28 November 2012

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit



Ingin mengekalkan kecantikan kulit? Supplemen/Vitamin tidak dapat dipisahkan..
credit: mamafaiz

penjagaan kulit seharusnya merangkumi aspek luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, penjagaan asas seperti mencuci, penggunaan penyegar dan pelembap secara teratur tidak boleh diabaikan.Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru.Dan sudah semestinya kulit kita pelrlu dilindungi daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV . Ultraviolet dalam sinar matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit. Vitamin C bersama-sama dengan Vitamin E bertindak sebagai benteng pertahanan untuk melawan radikal bebas dari sinar matahari ini.

Dari aspek dalaman pula,kita perlu tahu bahawa diet /pemakanan yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit kita akan mula menampakkan kesannya....*pengambilan soy protein yg konsisten-amalan bagus untuk awet muda* Pemakanan yang sihat juga perlu mengambil kira pengambilan garam yang tidak berlebihan kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit. 
....dan yang pasti pengambilan air perlu secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

 Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C , E dan B. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit.

 Seperti kita semua sedia maklum, Vitamin C adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.Jadi untuk mememenuhi keperluan badan untuk Vitamin C,kita perlu makan banyak buah dan sayuran. Vitamin C bukan shaja efektif membantu mengubati flu tetapi amat berguna untuk mencegah penuaan kulit. Vitamin C juga penting dalam membantu pembaikan serta pembentukan kolagen.

Kolagen?Apakah ia? Kolagen adalah komponen utama dalam jaringan kulit manusia. Dalam hal ini Vitamin C memiliki peranan penting dalam memelihara kestabilan struktur kolagen. Selain itu Vitamin C juga juga membantu pembentukan pigmentasi kulit yang akan mempercepat dan meningkatkan produksi kolagen yang seterusnya dapat mencegah proses penuaan kulit.

Vitamin C juga merupakan anti oksida penting untuk menangani radikal bebas. Sekarang ini,anti oksida dianggap penawar paling popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Tapi tahukah kita apakah anti oksida?. Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. .

 Secara ringkasnya formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit..(Tahukah anda vitamin E Shaklee  sahaja yang mengandungi selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~>~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Sabtu, 24 November 2012

Vitamin C Sintetik Boleh Merosakkan DNA


Salam semua..hari ni nak kongsi satu lagi ilmu yang patut kita semua ketahui. Apa yang saya perolehi ini dipetik dari blog vitaminsemulajadi. Semoga perkongsian ini bermanfaat utk semua yg membaca..

Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).
Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.
Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!
Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalh tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.
Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.
Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Khamis, 15 November 2012

Testimoni Penyakit Kencing Manis & Perokok tegar


Salam & Selamat sejahtera…

Hari ni just nk share beberapa testi pengguna yang berkaitan dengan perokok dan pengidap diabetes..jom bace testi berikut~





Bagi mereka yang ingin berhenti merokok bolehlah mencuba produk vivix dan juga 
Sustain Release Vita-C dari Shaklee ini. Walaupun harganya agak tinggi, tetapi kesihatan jauh lebih berharga…dan amat berbaloi jika anda dapat menghentikan tabiat merokok. 
Jangan terlalu berkira utk membayar harga kesihatan anda, jgn katakan tak nak sebelum mencuba vivix dan Vita-C. Just sms 012-6715001 utk pertanyaan. For more info tentang Vivix dan Sustain Release Vita-C


Rabu, 14 November 2012

Adakah anda seorang perokok..?atau orang-orang yg anda sayangi adalah perokok..?


"Katakan TAK NAK kepada rokok, setiap sedutan membawa padah"..itu adalah seruan kerajaan. Mungkin senang kata TAK NAK, tpi bukan senang utk terus berhenti. Bagaimana menghentikan tabiat yg tidak sihat dan sememangnya merbahaya ini. Sebelum itu jom tengok fakta kandungan kimia dlm sebatang rokok.

Just one stick of cigarette contains over 4,000 chemicals including 70 carcinogenic substances, some of which are highly toxic:

CHEMICAL
USED IN
Cadmium
Batteries
Acetone
Paint remover
Buthane
Lighter fluid
Ammonia
Toilet cleaner
Polonium210
Radioactive substance
Methane
Sewer gas
Methanol
Rocket fuel
Arsenic cyanide
Poison
Nicotine DDT
Insecticide
Hexamine
Barbecue Lighter
Stearic Acid
Candle Wax
Acetic Acid
Vinegar
Arsenic cyanide
Poison
Carbon Monoxide
Car exhaust fumes

Woww...ini adalah fakta, kandungan bahan kimia, cuba bayangkan berapa byk kimia yg sgt merbahaya telah meresap ke dalam badan anda hanya dengan sedutan asapnya sahaja. Ada sesuatu lgi yg menarik utk direnung2kan oleh perokok sekalian ~

How much money can you save if you quit? For a typical smoker who puffs
20 sticks (based on a RM10 pack) a day:



________________
* byk lagi info tentang fakta2 rokok ni, sila baca kat link ni

Jadi kepada anda diluar sana, sekiranya anda perokok atau org yg anda sayang seorang perokok, anda bolehlah forward ke dia sebab2 di atas utk dia berhenti merokok.. Nak suruh org berhenti merokok ni bukan senang yer.. Ia umpama hidayah dari Allah... dan bagi saya kesihatan ni tak semua orang boleh faham kepentingannya.. “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit"

                      Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg

Dan oh ya... sekiranya anda ingin memberikan hadiah kepada mereka...bolehla berikan Vitamin C Shaklee sebotol..mmg besttt . Vitamin C bukan sekadar buat kulit licin dan cantik.. Tahukah anda Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan here yang teruk...more info here

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889 

Jumaat, 26 Oktober 2012

Set Berpantang Pilihan Terbaik..

Kini ramai ibu-ibu yang mula mengambil berat tentang kesihatan selepas bersalin bukan saja untuk diri sendiri malah kesejahteraan si bayi iaitu dengan menyusukannya dengan susu ibu. Kebanyakan ibu ‘takut’ nak ambil jamu atau maajun yang dianggap ‘panas’ kerana risaukan kesannya terhadap bayi, ataupun penyusuan susu ibu itu sendiri. Malah, berpantang dengan mengurangkan air (cuma minum segelas sehari sahaja) sudah mula ‘dilanggar’ oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana penyusuan dan pemulihan selepas bersalin memerlukan air yang cukup.

Suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu yang baru bersalin ini bukan saja baik untuk ibu dari segi pemulihan tubuh dan emosi tapi juga dari segi penyusuan sendiri.


Set Bersalin ini terdiri dari:

VITALEA
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumla ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah.

B COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.

VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.

ZINC
Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.
Ibu yang memilih untuk berpantang dengan set bersalin Shaklee boleh juga mengambil suplemen2 lain.
credit: Vitamin Semulajadi