mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Memaparkan catatan dengan label kecantikan kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecantikan kulit. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Kenapa Vitamin E dan Vitamin C Perlu Diambil Bersama?

Teks: MamaQaira
Assalamualaikum….Selamat Malam  bagi yang masih celik macam burung hantu..:)

Anakku yang sorng ni pun masih belum “weak” lagi baterinya, esok dah la nak skolah..puas suruh tido ade jer kerja nak dibuat. Besok pagi nanti la kang susah nak bangun…tapi janjinya nak bangun sendiri tak payah kejut pun..mmm…wait n see jer lah pagi esok.

Kalau nak Kulit Cantik..Amalkan Vitamin E dan VitaminC
Sambil sambil tunggu mata nak pejam..Mama nak share satu article ni berkenaan Vitamin E dan Vitamin C. Ape cer E&C..? hihi…ku tahu kedua-dua vitamin ni terkenal untuk kecantikan n aweks mudo giteww…sememangnya saya pun nak kulit cantik, sihat dan aweks mudo lah jugak…semua wanita inginkan kecantikan, betol tak..? tipulah kalau cakap taknak…biar apapun tujuan masing-masing nak cantik, tapi biarlah yang dah kawin tu niat nak cantik untuk encik suami…cantik di luar sihat di dalam, rumah tangga aman dan damai…

Ohhh...Camtu Kisahnya...!
Berceloteh jangan sampai terlupa…tadi saya nak citer pasal vitamin E dan Vitamin C nih. Sebenarnya kedua-dua vitamin ini lebih baik kesannya jika diambil bersama, maksudnya jika kita mengambil Vitamin E, sebaiknya perlu juga mengambil vitamin C. Kedua-dua Vitamin ini menyokong di antara satu sama lain dalam fungsi antioksidan. Walaupun vitamin E mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai antioksidan, ia memerlukan pertumbuhan semula selepas ia "menyembuhkan" kerosakan  sel akibat radikal bebas sebelum ia boleh berfungsi dengan baik lagi. Vitamin C dalam sel-sel anda mengembalikan fungsi antioksidan vitamin E supaya ia boleh terus berjuang untuk mempertahankan kerosakan tisu.

Haaa…tu diaa..sebab tu siapa yang amalkan pengambilan Vitamin E dan C ni nampak lebih mudo dari usia sebenar-sebenarnya,  kerana vitamin E ni lah yang bekerja keras untuk mempertahankan sel dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas.

Oraitt..rasanya dah tercapai hajat nak share ilmu yang saya dapat tu, kadang-kadang kita kene rela berkorban beli lebih daripada satu jenis supplemen untuk mendapat kesan yang lebih baik atau optimum. Pelaburan untuk kesihatan…kalau dah yakin produk tu bagus, takyah la sayang duit sangat. Kesihatan lebih berharga dari wang ringgit.

Kalau nak tahu The Most Powerful Vitamin E and The Best Vitamin C ever…tengok dalam gambar kat bawah…kenal tak? Haa…tentulah Vitamin E Shaklee dan Sustained Release Vita-C Plus, semestinya pilihan saya :)

Vitamin E dan Vitamin C
Antioksidan E dan C
Jom...rasai sendiri kehebatan dua antioksidan ini, untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh serta kecantikan luaran. Pastinya dari sumber semulajadi, tanpa pewarna dan perasa tiruan.

Sumber


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Khamis, 12 Jun 2014

Segelas ESP dan Sebiji Vita-C Plus Setiap Pagi...

Teks: MamaQaira

Assalamualaikum....selamat pagii :)

Senyum setiap pagi...untuk menjana aura positif, senyum juga adalah sedekah yang paling senang tapi tak semua orang boleh buat...senyum juga menjadikan wajah awet mudaa...haa betol tak?? Selain daripada tu...pengambilan supplemen juga dapat membantu meremajakan kulit...remaja tuuu..euwww..

Jadi pepagi nih nak share rutin harian saya breakfast yang sempoi tapi berkhasiat dan cukup memberi tenaga dan menjadikan kulit halus cantiik. Memang tak letih sepanjang hari kalo saya amik menu macamni...berbanding kalo saya tak amik...kulit pun terasa halusss...terasa perbezaannya..nak tahu betol ke tak..so, kene sendiri cuba la yer..hihi

Taraaa...nyummyy!!

ESP soy protein
ESP Sebagai Sarapan Berkhasiat
Jom..tengok resepi breakfast rahsia bertenaga sepanjang hari di pejabat :)
Apa yang ada dalam segelas ESP tu yer...cuma masukkan 1 sudu ESP dan 3-5 biji kurma, tambahkan susu UHT Dutch Lady perisa strawberi dan blend. Kalo yang shake n take tu lagi senang kan...boleh minum kat opis jer kalo tak sempat. Dah siap!..boleh terus minum atau makan bersama oat, kalo ade madu leh tambah sesudu...mabelesss!

Set Kecantikan Bajet Minimun


ESP adalah protein soya yang ‘concentrate’…ia membantu dalam penghasilan sel-baru bangi menggantikan sel lama yang telah rosak/mati. Apabila sel diperbaharui, maka ia amat membantu dalam penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih berkesan. Jadi senanglah kita dapat hasil daripada pengambilan vitamin/supplemen lain.

Haa..lepas dah breakfast tadi, amik pulak sebijik Vitamin C...its enough!

Vitamin C dari segi kecantikan kulit ia membantu merangsang pembentukan kolagen menjadikan wajah lebih anjal. Manakala untuk kesihatan ia meningkatkan system pertahanan badan, memulihkan luka dengan cepat, mencegah gusi berdarah, melawan sel kanser, mengurangkan kolestrol serta membaikai insomnia dan stress.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 Berminat?
 *****************************************
 PM: www.facebook.com/messages/MamaQaira
SMS/WhatsApp: 012-6715001

Ahad, 17 Mac 2013

Tips Kulit Cantik & Rahsia ESP


Saya nak kongsikan beberapa tips mudah untuk penjagaan kulit bagi mendapatkan kulit yang cantik dan gebu. Apa yang tersenarai di sini adalah sebahagian di antara tips mudah dan simple..jom amalkan untuk kulit cantik..

(1) Amalkan air kosong 3 Liter sehari
Air kosong membantu kelancaran sistem perkumuhan dan pencernaan badan kita. Apabila usus kita bersih serta pembuangan najis berjalan lancar ianya dapat mengelakkan toksin daripada berkumpul dalam badan kita.Toksin adalah salah satu punca jerawat naik ke muka.

Selain itu, air kosong dapat melegakan rasa stress. Cuba minum segelas air kosong ketika anda stress. Pasti anda kagum dengan betapa leganya perasaan selepas itu.

(2) Amalkan makan buah-buahan tinggi antioksidan
Antioksidan adalah bahan penting untuk kekal awet muda kerana ia menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit muka kita yang sering terdedah kepada sinar matahari. Radikal bebas banyak terdapat dalam sinar UV serta pencemaran udara.

(3) Mengamalkan supplement protein
Jerawat, parut adalah hasil daripada sel kulit yang sudah mati serta rosak namun masih tertinggal di lapisan kulit. Ianya perlu digantikan dengan sel yang sihat dan sempurna. Apa pula kaitan protein kan?? Protein ni bahan untuk menghasilkan sel yang sihat.

Badan kita tidak dapat menyimpan protein setiap hari dan perlu diambil setiap hari.

(4) Senaman otot muka
Salah satunya adalah dengan makan chewing gum untuk menggerak-gerakkan otot muka di sekitar mulut kita. Selain itu untuk muslim, boleh sentiasa menyebut zikrullah dan basahkan muka dengan air wuduk.

(5) Sentiasa ceria
Mood kita seharian mempengaruhi keseluruhan kesihatan mental kita. Pastikan anda sentiasa senyum dan ceria kerana ianya dapat menjauhkan anda daripada rasa stress serta berfikiran negatif

Ok, kat sini say nak highlight tang protein tu yer..bukan ape..sebab dah ada pengalaman sendiri. Sebelum mengamalkan ESP ni, kulit muka saya berminyak dan agak kusam. Alhamdulillah selepas mencuba 1 canister pertama dah nampak perubahan, tak perlu nak tacap selalu dah. Semakin menjadi sebutan ramai kehebatan ESP ini di kalangan wanita terutamanya..sebenarnya lelaki jugak boleh minum kalo nak.

Apa yang Membuatkan ESP Hot Stuff? Hot Seller..?

Istimewanya ESP Shaklee. Kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.  
ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  
Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol. Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Sumber : Shaklee Malaysia

Sudah ramai pengguna ESP yang memberikan feedback tentang perubahan yang ketara pada kulit wajah mereka. Yang berikut adalah perkongsian dari mereka yang begitu mengujakan~








Haa..amacam, seronok tak baca pengalaman mereka. Sememangnya ESP hot stuff dan kian menjadi rebutan ramai...

Anda akan nampak perubahan dalam tempoh sebulan jika konsisten dalam pengambilan ESP setiap hari serta mengamalkan tips mudah di atas terutamanya air 3 liter sehari itu. Jangan terlalu mengharapkan hasil yang ketara dalam masa singkat kerana kulit mengambil masa 20-90 hari untuk renew.  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / Call 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     FB Page : mamaqaira choice
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.

Jumaat, 15 Februari 2013

Miliki Kulit sihat dan Awet Muda dengan ACE


Topik hari ini menjurus kepada kecantikan..hakikatnya semua supplemen adalah untuk kecantikan, iaitu cantik luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman adalah kesihatan yang kita rasai, tidak mudah letih dan lesu, cergas dan bertenaga..mood juga sentiasa ceria, so sbb itu la akan terpancar seri di wajah yang menampakkan kecantikan luaran. Segalanya berkaitan dengan apa yang kita amalkan dan kita makan.

Wokey..ramai yang dah tahu vitamin-vitamin yang dikaitkan dengan kecantikan kulit iaitu vitamin anti oksida di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E

Jom kita tengok secara umumnya fungsi vitamin-vitamin ini terhadap kecantikan kulit. (hakikatnya fungsi vitamin-vitamin ini utk kesihatan lain ada banyak yer..) tapi kali ni, focus on skin care.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.

Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu dan mengurangkan kesan parut.

Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Dapatkan supplemen yang semulajadi dan sesuai dengan kulit anda untuk kelihatan lebih awet muda dan jelita. Membekalkan nutrisi dalaman adalah antara kaedah paling selamat efektif mudah dan murah.(berbanding laser dan suntikan)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


 Berminat untuk mencuba supplemen Shaklee?
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Sabtu, 15 Disember 2012

Testimoni Pengambilan Set Kecantikan Kulit

haiii..hari ni just nak share testimoni kt bawah nii, jom baca kenyataan dari empunya wajah itu sendiri...ok klik pada gambar utk lebih jelas..


mamaqairachoice.blogspot.com

Okeh..rasanya sume dah nmpakkan..?tak perlu cerita panjang lagi kerana gambar itu telah menceritakan apa yang ingin dinyatakan. Jelas kelihatan perubahan pada wajahnya semakin berseri.

Set yang diambil adalah set D + ESP iaitu Set untuk Kecantikan Kulit.






Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) Email~ eyla7905@gmail.com Shaklee ID ~ 868889 Order Form

Rabu, 28 November 2012

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit



Ingin mengekalkan kecantikan kulit? Supplemen/Vitamin tidak dapat dipisahkan..
credit: mamafaiz

penjagaan kulit seharusnya merangkumi aspek luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, penjagaan asas seperti mencuci, penggunaan penyegar dan pelembap secara teratur tidak boleh diabaikan.Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru.Dan sudah semestinya kulit kita pelrlu dilindungi daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV . Ultraviolet dalam sinar matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit. Vitamin C bersama-sama dengan Vitamin E bertindak sebagai benteng pertahanan untuk melawan radikal bebas dari sinar matahari ini.

Dari aspek dalaman pula,kita perlu tahu bahawa diet /pemakanan yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Pemakanan haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit kita akan mula menampakkan kesannya....*pengambilan soy protein yg konsisten-amalan bagus untuk awet muda* Pemakanan yang sihat juga perlu mengambil kira pengambilan garam yang tidak berlebihan kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit. 
....dan yang pasti pengambilan air perlu secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

 Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C , E dan B. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit.

 Seperti kita semua sedia maklum, Vitamin C adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.Jadi untuk mememenuhi keperluan badan untuk Vitamin C,kita perlu makan banyak buah dan sayuran. Vitamin C bukan shaja efektif membantu mengubati flu tetapi amat berguna untuk mencegah penuaan kulit. Vitamin C juga penting dalam membantu pembaikan serta pembentukan kolagen.

Kolagen?Apakah ia? Kolagen adalah komponen utama dalam jaringan kulit manusia. Dalam hal ini Vitamin C memiliki peranan penting dalam memelihara kestabilan struktur kolagen. Selain itu Vitamin C juga juga membantu pembentukan pigmentasi kulit yang akan mempercepat dan meningkatkan produksi kolagen yang seterusnya dapat mencegah proses penuaan kulit.

Vitamin C juga merupakan anti oksida penting untuk menangani radikal bebas. Sekarang ini,anti oksida dianggap penawar paling popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Tapi tahukah kita apakah anti oksida?. Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. .

 Secara ringkasnya formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit..(Tahukah anda vitamin E Shaklee  sahaja yang mengandungi selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~>~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah) 
Email~ eyla7905@gmail.com 
Shaklee ID ~ 868889

Selasa, 18 September 2012

Punca Penuaan Kulit


Memahami Punca Penuaan Kulit

Terdapat 2 faktor umum yg mempengaruhi penuaan kulit iaitu: 
1) Faktor Ekstrinsik (luaran) 
2) Faktor Intrinsik (dalaman) ~ ditentukan oleh faktor genetik dan hasil metabolik seperti stres oksidatif



Apakah tanda-tanda Penuaan Kulit…?


Bagaimanakah pula caranya untuk melambatkan proses penuaan kulit?Walaupun usia tdk dapat menghalang penuaan...namun kita boleh melambatkan proses penuaan kulit dengan amalan pemakanan dan penjagaan kebersihan.

Terdapat pula pelbagai cara...adakah pilihan anda cantik melalui...



Atau


Sebelum membuat pilihan...fikir-fikirkan dulu kesan & akibat yang mungkin terpaksa ditanggung seumur hidup...



Sentiasa pastikan pilihan yang bijak iaitu dengan cara semulajadi kerana ia dijamin selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini : 
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889
Jika berminat boleh isi 
Order Form  ini.






Sabtu, 25 Ogos 2012

Nutrisi Untuk Kecantikan & Kesihatan Kulit






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pertanyaan & Promosi Terkini :
Sms~ 012-6715001 (Eyla Hamzah)
Email~ eyla7905@gmail.com
Shaklee ID ~ 868889