mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Khamis, 25 April 2013

Ketahui Teknik Power Pumping


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

- Pum setiap 2-4jam sekali

- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

Selasa, 23 April 2013

Kepentingan B kompleks Untuk Wanita


Inilah vitamin yang amat penting buat anda sekalian wahai wanita..ketahui fakta penting ini. 



Wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, lebih2 lagi B Complex..tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa...

Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik?
Antara faktanyanya :-

1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga.

2. Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar.

3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.
Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...

kepentingan B complex:
Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex.Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu tau..... 
credit: Mamafaiz




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Nutrisi Lengkap untuk Ibu-ibu yang Menyusui


Ingin berjaya dengan penyusuan susuibu...? Ingin kekal sihat dan cantik...? Shaklee mungkin dapat membantu...

Set Penyusuan yang menjadi sebutan kini walaupun hakikatnya Shaklee telah berada di pasaran sejak lebih 56tahun yang lalu. Kombinasi set yang dicadangkan ini telah ramai yang mengakui kehebatannya dan merasai kelainan dari segi perihal kehamilan/berpantang/menyusu berbanding pengalaman hamil tanpa Shaklee.

Kombinasi yang lengkap ini amat menjimatkan kerana ia boleh digunakan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah kelahiran dan penyusuan susuibu. Tidak hanya setakat itu supplemen ini masih boleh terus diambil oleh ibu-ibu untuk meningkatkan kesihatan sampai bila-bila.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>@@@<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / WhatsApp 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.



Jumaat, 19 April 2013

Ketahui Punca Kelemahan Sistem Imun


Bagaimana Sistem Imun menjadi lemah?

1-RAWATAN PERUBATAN- Antibiotik, Suntikan vaksin, X-Ray, Kimoterapi

2-PEMBEDAHAN TIDAK PERLU – membuang Tongsil dan Apendiks

3-MAKANAN YANG MEMUDARATKAN-Gula, Susu Lembu, Lemak dan Minyak, Makanan Tiruan

4-PERSEKITARAN- Radiasi Elektro Magnet, Radiasi Ultraungu, Radiasi Pengionan, Asap Ekzos Kenderaan

5- GAYA HIDUP-Tekanan, Tidur Lewat, Alkohol, Merokok

6-BAHAN KIMIA- Bahan Penampal Gigi, Bahan2 Kimia Pengganggu, Plastik dan Cat Endoktrin, Kosmetik.

Oleh itu tingkatkan sistem imun bagi pencegahan dan pemulihan penyakit dan kesempurnaan sistem badan.
Nutriferon amat membantu.

Bagaimana NUTRIFERON membantu meningkatkan semula imuniti?? 
Jom..lihat kebaikan dan fungsi Nutriferon ini....


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / WhatsApp 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.


Jumaat, 12 April 2013

Manfaat Susu Ibu



Kini semakin ramai ibu-ibu mula menyedari akan kebaikan susuibu… tidak kira ibu-ibu yang berkerjaya mahupun surirumah. Bagi ibu-ibu yang terpaksa memulakan kerja setelah habis tempoh pantang, pemberian susuibu masih diteruskan dengan mengepam di pejabat. Telah terbukti memang susuibu adalah yang terbaik dan merupakan hak mereka yang perlu dipenuhi.

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, dan juga telinga.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.