mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Rabu, 1 Mei 2013

Set Penyusuan 3M Vs Set B dan Set E


Kini semakin banyak produk/supplemen untuk kecantikan dan kesihatan di pasaran yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tidak terkecuali supplemen untuk penghasilan susuibu, dek kerana kesibukan ibu-ibu yang bekerja timbul pelbagai masalah susu kurang dan badan ibu juga turut keletihan. ..apatah lagi dizaman moden kini yang mana kita tak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian...

 Namun begitu Shaklee bukanlah satu jenama yang baru kerana ia telah berada di pasaran sejak tahun 1956 lagi.

Terdapat pelbagai Set Penyusuan Shaklee yang dicadangkan seperti berikut:
1) Set B ~ VitaLea, Bcomplex, VitC & Alfalfa
2) Set E ~ Set B + Ostematrix
3) Set 3M ~ Set B + Ostematrix + ESP

Apa Perbezaan Mengambil Set Penyusuan Lengkap (3M) dengan Set B dan Set E?
Ada beza ker amik full set dengan half set ni..


Jom semak perbezaan di antara cadangan set-set ini? 

saya tak nafikan..terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA dan ESP Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA dan ESP sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah hanya mengambil Alfalfa/ESP sahaja dan apakah kesannya dengan mereka yang mengambil vit2 asas yg disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?..... Cuba lihat 2 kes ini


          ~~~kes 1 (hanya mengambil alfalfa/ESP)~~~


Jika hanya bergantung dengan alfalfa/ESP sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA/ESP itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfalFa pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. atau jika mereka mengambil kombinasi ESP dan alfalfa.

Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja (tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.


~~~KES 2 (ibu mengambil vitamin Set lengkap)~~~


Sudah pasti ini dpt memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik (berkualiti) dan mencukupi mengikut keperluan bayi anda.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / WhatsApp 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj

Khamis, 25 April 2013

Ketahui Teknik Power Pumping


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

- Pum setiap 2-4jam sekali

- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

Selasa, 23 April 2013

Kepentingan B kompleks Untuk Wanita


Inilah vitamin yang amat penting buat anda sekalian wahai wanita..ketahui fakta penting ini. 



Wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, lebih2 lagi B Complex..tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa...

Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik?
Antara faktanyanya :-

1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga.

2. Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar.

3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.
Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...

kepentingan B complex:
Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex.Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu tau..... 
credit: Mamafaiz




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Nutrisi Lengkap untuk Ibu-ibu yang Menyusui


Ingin berjaya dengan penyusuan susuibu...? Ingin kekal sihat dan cantik...? Shaklee mungkin dapat membantu...

Set Penyusuan yang menjadi sebutan kini walaupun hakikatnya Shaklee telah berada di pasaran sejak lebih 56tahun yang lalu. Kombinasi set yang dicadangkan ini telah ramai yang mengakui kehebatannya dan merasai kelainan dari segi perihal kehamilan/berpantang/menyusu berbanding pengalaman hamil tanpa Shaklee.

Kombinasi yang lengkap ini amat menjimatkan kerana ia boleh digunakan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah kelahiran dan penyusuan susuibu. Tidak hanya setakat itu supplemen ini masih boleh terus diambil oleh ibu-ibu untuk meningkatkan kesihatan sampai bila-bila.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>@@@<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / WhatsApp 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.



Jumaat, 19 April 2013

Ketahui Punca Kelemahan Sistem Imun


Bagaimana Sistem Imun menjadi lemah?

1-RAWATAN PERUBATAN- Antibiotik, Suntikan vaksin, X-Ray, Kimoterapi

2-PEMBEDAHAN TIDAK PERLU – membuang Tongsil dan Apendiks

3-MAKANAN YANG MEMUDARATKAN-Gula, Susu Lembu, Lemak dan Minyak, Makanan Tiruan

4-PERSEKITARAN- Radiasi Elektro Magnet, Radiasi Ultraungu, Radiasi Pengionan, Asap Ekzos Kenderaan

5- GAYA HIDUP-Tekanan, Tidur Lewat, Alkohol, Merokok

6-BAHAN KIMIA- Bahan Penampal Gigi, Bahan2 Kimia Pengganggu, Plastik dan Cat Endoktrin, Kosmetik.

Oleh itu tingkatkan sistem imun bagi pencegahan dan pemulihan penyakit dan kesempurnaan sistem badan.
Nutriferon amat membantu.

Bagaimana NUTRIFERON membantu meningkatkan semula imuniti?? 
Jom..lihat kebaikan dan fungsi Nutriferon ini....


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / WhatsApp 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.