mamaqaira choice

mamaqaira choice
Shaklee Independent Distributor at Puncak Alam and Saujana Utama Selangor. Delivery throughout Malaysia | eyla7905@gmail.com | 012-6715001 | ID: 1131998

Selamat Datang

BLog ini khas untuk semua pembaca...pelbagai info & perkongsian tentang vitamin/supplement semulajadi untuk kesihatan seisi keluarga...istimewa juga untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang…

Jumaat, 12 April 2013

Manfaat Susu Ibu



Kini semakin ramai ibu-ibu mula menyedari akan kebaikan susuibu… tidak kira ibu-ibu yang berkerjaya mahupun surirumah. Bagi ibu-ibu yang terpaksa memulakan kerja setelah habis tempoh pantang, pemberian susuibu masih diteruskan dengan mengepam di pejabat. Telah terbukti memang susuibu adalah yang terbaik dan merupakan hak mereka yang perlu dipenuhi.

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, dan juga telinga.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Jumaat, 5 April 2013

Promosi April 2013



NutriFeron™

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kepentingan Vitamin Semasa Hamil


Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan mmakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.

Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.

Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.

Antara supplemen yang diperlukan ibu hamil ialah Vitalea, B complex, Vitamin  C, OsteMatrix(calcium magnesium) dan Omega Guard (minyak ikan). Antara fungsi vitamin-vitamin tersebut adalah spt berikut:

  • Vitalea (LENGKAP DGN IRON) – Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat. Untuk bacaan lanjut sila KLIK
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), – Lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.
  • Vitamin C – Perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.
  • OsteMatrix(calcium magnesium) – Adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
  • Omega Guard (minyak ikan) -OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. untuk preggy mommies pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.


Sila hubungi saya jika berminat untuk mencuba produk Shaklee. Jadual & konsultasi diberikan secara PERCUMA.

Boleh juga PM | SMS / Call 012-6715001 |

Your Shaklee Independent Distributor.
    Eyla Hamzah
     ShakLee ID: 868889
     FB Page : mamaQaira Choice
     COD area Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru shj.


Rabu, 3 April 2013

Susuibu Merundum?

Dunia Penyusuan


Berikan susu yang terbaik untuk anak anda...pastinya susuibu

Bagaimana Menghadapi Waktu Susuibu Merundum?
Jangan sesekali stress..kerana ia akan mengurangkan lagi pengeluaran susuibu..



Bagi ibu2 yang menyusu..amat mustahak untuk mengetahui punca2 susu merudum seperti stress,..musim2 period,kurang kalori,baby beralih bulan or di panggil growth spurt (time ni normally dia akan consume lebih byk dari biasa)..dan byk lagi faktor2 lain mmg ada efek yg besar kat pengeluaran susu…...jadi apa yer yang ibu2 boleh buat?

  • >>Makan makanan seimbang…especially yang kaya dgn protein
  • >>Drink barley-based drinks such as homemade barley water
  • >>Consume plenty of dark green vegetables (sayuran hijau)
  • >>Pengambilan air yg mencukupi
  • >>Routine pumping (minimum 6x sehari pam)
  • >>Ambil natural milk booster jika perlu….cthnya alfalfa..
  • >>Apply power pumping teknik-pump for 10-20minit - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali sehari.hasilnya?..insyaAllah..amat membantu mengembalikan semula pengeluaran susu.. cuba lihat selepas seminggu yer...Jgn lupe BERDOA..

credit: MamaFaiz

Isnin, 1 April 2013

Makanan yang perlu dihindar semasa hamil


Sewaktu kehamilan adalah amat perlu menitik beratkan amalan pemakanan yang seimbang. Ibu-ibu seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu tentang kehamilan. Apa yang perlu diambil dan apa yang perlu dielakkan juga. Hari ni saya nak kongsi tentang makanan yang perlu dielakkan semasa hamil.

Telur mentah: kerana ia megandungi salmonella       

Daging atau ikan mentah atau separuh masak: kerana ia mengandungi kuman e.coli dan salmonella dan toxoplasmosis. Contoh sushi dan shellfish

Hati lembu : kerana ia mengandungi vitamin A yang berlebihan
Aspartame : pemanis tiruan kerana ia dikaitkan dengan racun
Beberapa jenis ikan : tuna kerana ia mengandungi merkuri
Makanan yang memberi allergi kepada anda
Vitamin E yang berlebihan
Vitamin A yang berlebihan